Info Semasa, Misteri, Viral

Kandungan Lirik Lagu ‘Heavy’ Menceritakan Tekanan Yang Dialami Chester Bennington

Baru sahaja dunia dikejutkan dengan berita sedih seorang lagi lagenda rock alternatif, Chester Bennington, dari kumpulan Linkin Park membuat keputusan membunuh diri dengan menggantung dirinya di kediaman peribadi miliknya.

Perihal ini menjadi buah mulut orang ramai di mana vokalis kumpulan Linkin Park tersebut dikatakan mengalami masalah tekanan yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan dia sanggup untuk membunuh dirinya sendiri.

Ada yang mengaitkan perkara tersebut sebagai salah satu gejala daripada masalah ‘white problem’ di mana orang berbangsa Inggeris dikatakan mempunyai masalah alkohol dan juga penyalahgunaan dadah. Ada juga yang mengatakan perkara tersebut turut berlaku akibat kisah silam Chester yang pernah didera secara seksual ketika usia muda.

Rata-rata turut mengatakan bahawa beliau membuat keputusan tersebut setelah kehilangan rakan baiknya, Chris Cornell, vokalis utama kumpulan Audioslave yang membunuh dirinya pada bulan Mei yang lalu.

Antara perkara yang mendapat perhatian netizen ialah kandungan lirik lagu ‘Heavy’ iaitu single pertama daripada album terbaru kumpulan Linkin Park, ‘One More Light’ yang dikeluarkan pada bulan yang sama di atas kematian Chris Cornell.

Lagu ‘Heavy’ adalah hasil karya bersama Chester bersama-sama dengan Mike Shinoda, Justin Tranter, Brad Delson dan juga Julia Michaels.

Kandungan lirik lagu tersebut menceritakan perihal tentang tekanan yang dialami oleh Chester sehingga menyebabkan beliau seolah-olah menjadi gila.

Billboard pernah membuat temubual bersama-sama dengan Mike Shinoda dan beliau mengatakan bahawa Chester memang dalam keadaan sangat tertekan ketika penghasilan lagu tersebut.

“Saya tanya adakah dia okey. Pada mulanya dia kata okey, tetapi selepas itu dia mengakui berdepan terlalu banyak perkara dalam hidupnya.

“Katanya, dia berasa seakan-akan sedang lemas,” kata Mike ketika ditemubual.

Chester juga turut tidak menafikan perkara tersebut. Beliau turut mengesahkan bahawa beliau dalam keadaan tertekan pada masa tersebut.

“Saya sudah tiba pada satu fasa dalam hidup di mana saya boleh mengalah dan mati, atau terus berjuang. Dan saya pilih untuk berjuang,” katanya dalam satu temuramah dengan The Mirror.

Chester Bennington mati pada 20 Julai yang lalu ketika berusia 41 tahun di kediamannya di Los Angeles dan meninggalkan 6 orang anak.

Leave a Reply