Viral

“Kejap… Minum Air Kejap..” – Video Agong Buka Sendiri Botol Air Minuman Jadi Perhatian Ramai

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V cukup dikenali dengan sifat baginda yang bersederhana dan tidak terlalu mengikut protokol.

Video baginda baru-baru ini yang membuka sendiri botol air sebelum meminum air dari botol terbabit menjadi viral di media sosial.

Sekejap… minum air kejap (minum air sekejap)“, titah Seri Paduka ringkas selepas mencapai air botol mineral, membuka penutupnya dan meminumnya.

Aksi terbabit disiarkan secara langsung di RTM1 dan rakaman memaparkan ramai Anggota Parlimen tersenyum.

Di media sosial pula, ramai berkongsi video terbabit dan menyifatkan baginda sebagai seorang yang merendah diri.

Sultan Muhammad V turut merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 dan baginda bertitah menegaskan bahawa isu pembangunan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan perlu terus diberi perhatian kerajaan agar rakyat tidak terus terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan terpinggir dengan arus pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April ini sebelum tumpuan beralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari dari 17 April hingga 27 April.

Leave a Reply