Info Semasa

Kelantan isytihar wabak selsema burung H5N1 sebagai bencana negeri

kelantan-isytihar-wabak-selsema-burung-h5n1-sebagai-bencana-negeri

Kelantan mengistiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri. Wabak selsema burung ini telah telah melanda 18 kampung setakat ini di kawasan Bachok, Pasir Putih dan Kota Bharu.

Tindakan ini dilakukan berikutan kes yang semakin merebak di negeri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata, menerusi MKN 20, semua agensi berkaitan akan digerakkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia terus merebak.

Che Abdullah berkata, sehingga kini, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan membabitkan 129 premis sebagai langkah pencegahan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/260289

Leave a Reply