Info Semasa

Kenapa Hospital Kerajaan Lambat Lakukan Pembedahan Walaupun Kecemasan – Penjelasan Oleh Dr Mahyuddin

Kita sering melihat komen negatif dan cacian ke atas Hospital Kerajaan kerana service yang diberikan sangat lah lembat. Procedure untuk pembedahan juga sangat la lambat walaupun kes yang dialami adalah kritikal. Ini merupakan penjelasan oleh seorang Dr yang berkerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(HOSHAS).

Beliau turut kongsikan fungsi bilik bedah kecemasan yang ada di Hospital Kerajaan, menurut beliau

1. Bilik bedah kecemasan berjalan tanpa henti 24 jam setiap hari?
2. Bilik bedah ini melakukan semua pembedahan dari setiap jabatan yang ada di hospital.
3. Hampir semua hospital mempunyai 1 bilik bedah kecemasan yang berjalan berterusan 24 jam & 1 lagi bilik bedah (bersama staff) yang standby sekiranya berlaku kecemasan kedua yang melibatkan nyawa pesakit (biasanya pembedahan C-section/bersalin).
4. Bilik bedah kecemasan ini melakukan semua pembedahan kecemasan dari semua jabatan. Kami terpaksa menunggu giliran bagi membuat kes kami (penantian Jabatan Ortopedik adalah paling menyeksakan, anda boleh tahu selepas selesai baca post saya ni)
5. Hospital Kuala Lumpur mempunyai bilik bedah kecemasan Trauma yang KHUSUS bagi membuat kes-kes Ortopedik, yang berjalan 24 jam kerana terlalu banyak kes kemalangan & kepatahan di Lembah Klang.

Di dalam post facebook milik beliau, disenaraikan sebab mengaku sesuatu pembedahan lambat dilaksanakan. Antaranya:

1. Kes memang terlalu banyak
2. Kes pembedahan dilakukan mengikut priority yang mana lebih membahayakan nyawa pesakit (dire emergency) dalam kes ini, jabatan saya iaitu Ortopedik lah yang paling tidak membahayakan nyawa, sebab itulah operation di wad Ortopedik lambat dibuat.
3. Kes anda masih belum stabil untuk dibedah-ujian darah tidak normal, jantung bermasalah dan sebagainya. Jika dibedah juga, anda mungkin tidak keluar dari bilik bedah dengan bernyawa.
4. Tiada consent/keizinan pembedahan

Pembedahan mempunyai level yang tertentu. Beliau menyenaraikan level pembedadahn yang dilakukan di Hospital. Level ini akan menentukan giliran untuk pembedadahn yang akan dilakukan.

PEMBEDAHAN DIRE EMERGENCY (Tahap Kritikal): Perlu dilakukan dengan segera. Jika tidak, boleh merahut nyawa.
1. Pembedahan Caeserian section (ibu bersalin): Jabatan Sakit Puan
2. Pembedahan pendarahan kepala (intra cranial bleeding): Jabatan Pembedahan
3. Pembedahan pendarahan dalam abdomen (pendarahan usus, hati, limpa): Jabatan Pembedahan
4. Pelvic fracture dengan pendarahan dalaman (Ortopedik)
5. Pesakit Sepsis (ada jangkitan kuman yang telah masuk ke peredaran darah & merosakkan organ dalam pesakit).

PEMBEDAHAN KECEMASAN (Tahap Sederhana): Tidak membahayakan nyawa pesakit. Tetapi boleh menyebabkan morbility pesakit jika lambat.
1. Compartment Syndrome (Ortopedik)
2. Perforated appenditis
3. Open long bone fracture (Ortopedik)
4. Acute appendicitis (Pembedahan)
5. Necrotising fasciitis (Ortopedik)
6. Luka kencing manis, gangrene TANPA Sepsis

PEMBEDAHAN KECEMASAN (Tahap Rendah): Paling tidak membahawakan nyawa pesakit.
1. Infected wound (Ortopedik/Pembedahan)
2. Diabetic foot ulcer (Ortopedik)
3. Abscess/Carbuncle (Pembedahan/Ortopedik/Sakit Puan)

Kondisi Ortopedik adalah kondisi yang paling tidak membahayakan pesakit. Jika anda berada dalam kondisi tersebut, anda masih selamat dan pembedahan anda akan dilakukan selepas semua level yang kritikal selesai dijalankan.

Beliau sebagai Dr bedah sangat kecewa dengan sebilangan sikap pesakit yang tidak memahami situasi di bilik kecemasan hospital kerajan.

Jika anda mengalami masalah lewat untuk masuk ke bilik bedah. Beliau menyarankan agar anda melakukan langkah ini

1. Jika anda lapar atau dahaga, anda boleh panggil doktor atau jururawat yang bertugas. Doktor akan memeriksa dengan bilik bedah dan jika kebarangkalian untuk kes anda dipanggil adalah kecil atau berisiko untuk lambat lagi, kami biasanya akan benarkan anda makan dahulu & berpuasa kembali selepas itu. Cuma anda kena ingat, jika anda makan/minum, anda terpaksa berpuasa semula sekurang-kurangnya 6 jam sebelum kes anda boleh dibuat. Ini adalah bagi memastikan perut anda kembali kosong bagi mengelakkan risiko tersedak (aspiration) yang boleh membawa MAUT.

2. Berdoalah banyak-banyak agar tidak banyak kes kecemasan yang tersenarai pada hari anda perlu dibedah tersebut.

3. Jika ada insuran, peguam atau kemampuan kewangan, secara peribadi, saya sarankan ke hospital swasta. Anda boleh mempercepatkan proses rawatan ke atas diri anda sendiri & mempercepatkan rawatan pesakit lain yang kurang berkemampuan di hospital kerajaan ni dengan cara off-loading kami

Sumber: Mahyuddin Mohamed

Leave a Reply