Info Semasa, Tips

Kerajaan Umumkan 4 Lagi Sifar GST Untuk Sektor Perkhidmatan

Bulan lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita GST akan dikenakan kepada 60 barangan makanan termasuklah kacang panjang, kentang, bihun dan kuey teow.

Pengumuman tersebut menerima tentangan orang ramai kerana antara barangan makanan yang dikenakan GST itu, ada yang tergolong dalam keperluan harian.

Hanya beberapa jam kemudian, kerajaan mengumumkan pembatalan terhadap cukai GST 60 barangan makanan tersebut. Lega orang ramai mendengarnya!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju empat lagi perkhidmatan diletakkan di bawah kategori pembekalan berkadar sifar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Perdana Menteri berkata, antara sektor terbabit adalah perkhidmatan membabitkan barangan yang dieksport kepada pelanggan di luar negara.

Selain itu, katanya ia turut membabitkan perkhidmatan di kawasan bebas cukai, termasuk pelesenan syarikat pembuat barangan jualan gudang (LMW) pelanggan luar negara.

Beliau berkata, sektor ketiga adalah membabitkan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pelanggan luar negara.

“Sektor lain adalah pembiayaan belian barangan kekal/tidak berulang seperti perbelanjaan kejuruteraan, termasuk peralatan dan mesin untuk industri pembinaan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Perniagaan Malaysia Amerika (AMCHAM Malaysia) sempena sambutan 60 tahun hubungan dagang Malaysia-Amerika Syarikat hari Rabu yang lalu.

Sumber: BHOnline

Leave a Reply