Info Semasa

Kerja Syif Punca Utama Kes Perceraian – CUEPACS

Faktor Utama kadar perceraian meningkat naik dalam sektor awam ketika ini adalah disebabkan oleh kerja syif dalam sektor kesihatan awam berbanding sektor pekerjaan awam yang lain.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata, bahawa pekerjaan yang memiliki sehingga tiga syif menjadi faktor tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis sehingga membawa ke arah perceraian.

“Kalau dulu rasa cinta 100 peratus, lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan semakin berkurang. Statistik yang kita dapat menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi.

“Sudahlah kena kerja syif, elaun pula tidak dibayar sebaliknya diganti dengan cuti ganti. Buat apa cuti ganti, cuti yang dulunya pun belum ambil.” Katanya.

Datuk Azih Muda tidak menyatakan statistik kadar perceraian seperti yang didakwa.

Beliau berkata lagi, terdapat segelintir sektor awam tidak lagi membayar elaun dan kerja lebih masa, manakala sebahagian lagi hanya sekadar membayar separuh, satu pertiga atau tiga perempat daripada jumlah sebenar elaun yang telah ditetapkan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply