Kes COVID-19 Dijangka Mencecah 10 Juta, Bekalan Oksigen Tambahan Dilaporkan Semakin Berkurangan

covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia akan mencecah 10 juta pada minggu hadapan. Sebelum ini juga, WHO memberi amaran bahawa penularan wabak ini sedang memasuki fasa bahaya di mana ianya akan lebih cepat menular.

Baca: WHO Beri Amaran Penularan COVID-19 Kini Memasuki Fasa Bahaya

Agensi kesihatan itu menggesa penyelidikan vaksin pandemik mesti diteruskan selain usaha rawatan terapi bagi mereka yang menderita akibat virus itu. Namun ketika ini, permintaan untuk oksigen tambahan buat masa ini melebihi daripada bekalan.

covid-19

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Grebeyesus, mereka yang mengalami gejala parah COVID-19 memerlukan oksigen tambahan. Tetapi ianya mungkin akan sedikit terganggu dengan permintaan yang tinggi daripada negara-negara yang teruk terjejas.

Buat masa ini, lebih daripada 9.1 juta kes COVID-19 telah dilaporkan kepada WHO dengan lebih daripada 470,000 kematian. Pada bulan pertama wabak ini, kurang daripada 10,000 kes dilaporkan kepada WHO. Pada minggu hadapan, WHO menjangkakan kes keseluruhan akan mencecah 10 juta kes.

Pesakit COVID-19 di seluruh dunia memerlukan sekitar 620,000 meter padu oksigen sehari iaitu sekitar 88,000 silinder besar.

covid-19

Namun, Ketua WHO itu memberitahu banyak negara sukar mendapatkan alatan oksigen kerana 80 peratus pasaran dimiliki hanya oleh beberapa syarikat walaupun permintaan kini melebihi bekalan. WHO juga membantu membelinya untuk negara yang lebih memerlukan yang akan dihantar ke 120 negara dalam beberapa minggu akan datang.

Sebagai tambahan kepada usaha ini, WHO telah membeli 9,800 oksimeter, sebuah alat sederhana yang digunakan untuk memantau oksigen dalam darah pesakit yang sedang dipersiapkan untuk dihantarkan.

Cabaran lain adalah bahawa pesakit yang sakit kritikal memerlukan kadar aliran oksigen yang lebih tinggi daripada yang dihasilkan oleh kebanyakan alat oksigen yang tersedia secara komersial.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments