Info Semasa

Kes Rogol Kanak-Kanak Dan Tanam Didalam Lumpur : Tiga Lelaki Bakal Dikenakan Hukuman Kembiri Secara Kimia

Minggu lepas, berita mengenai pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Kasia Mamangsa daripada Papua Barat, Indonesia menyentuh hati  ramai apabila mangsa ditemui ditanam didalam lumpur dalam keadaan kedua tangannya terikat. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.

Polis telah berjaya menangkap tiga orang lelaki yang mengakui telah merogol mangsa dalam keadaan mabuk.

Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba , 20, merupakan jiran kepada mangsa memberitahu merogol sebelum mencekik hingga mati mangsa itu sebelum membenam mayatnya dalam lumpur.

Dalam kenyataan pengakuannya, Donal  memberitu dia mengambil  mangsa itu dari rumahnya dan membawa ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua lagi rakannya datang dan mereka bergilir-gilir memperkosa mangsa.

Menurut pihak media, megikut undang-undang di Indonesia  hukuman bagi kesalahan tersebut adalah penjara seumur hidup tetapi kerajaan Indonesia bakal melaksanakan hukuman kembiri secara kimia terhadap ketiga-tiga pesalah seks berkenaan.

Sumber Berita : Harian Metro

Leave a Reply