Viral

Kesal Kulit Bayi Menghitam Setelah Sebulan Dilahirkan, “Penat-penat Saya Jaga Masa Dalam Kandungan”

Seorang ibu dikecam Netizen kerana obses untuk memiliki bayi yang berkulit putih sehingga sanggup memandikan bayi itu dengan air rendaman teh.
BabyPutihANMenurut wanita itu, ketika lahir bayinya berkulit putih kerana dia rajin minum air kelapa, (pati delima) Gulsan dan susu kambing ketika mengandung, namun begitu semakin lama kulitnya bayinya yang berjantina lelaki semakin gelap.

Justeru ibu itu telah meminta pandangan pengikut laman Info Ibu Hamil, namun dikecam kerana obses memilki anak berkulit putih. Wanita itu menulis:

Assalamualaikum ibu-ibu.

Anak saya sekarang dah usia sebulan sembilan hari. Waktu lahir bayi lelaki saya putih sangat-sangat, sebab saya rajin minum air kelapa, gulsan, susu kambing sewaktu hamil. Tetapi saya pelik, bila dah bertambah usia dia, makin lama kulit dia menghitam dan tak putih lagi.

Makcik saya kata, mandikan dengan air teh untuk bagi bayi putih kekal tetapi mula dari mandi air teh anak saya menghitam.

Ada tak sebarang petua untuk kulit bayi saya putih kembali?

Penat saya jaga waktu dalam kandungan, dah putih waktu keluar, tup tup hitam tiba-tiba.

Permintaannya untuk mendapatkan tips menyebabkan wanita itu dianggap seorang yang tidak bersyukur dan ‘obses kulit putih’.
9

8

7

6

5

4

3

2

1

Sebenarnya apa yang diperkatakan Netizen itu ada benarnya. Warna kulit bayi adalah bergantung pada faktor genetik bukan pemakanan atau penjagaan luaran. Lagipun, adalah normal bagi bayi lelaki berbangsa Melayu untuk memiliki kulit gelap.

Warna kulitnya tidak akan menjejaskan peribadinya. Yang penting dia membesar dengan sempurna dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang lelaki suatu hari nanti.

Kulit putih pun kalau jahat dan tak menghormati wanita, tak guna juga, ya tak?-amazingnara.com

Sumber: Info Ibu Hamil


Leave a Reply