Info Semasa, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Tips

Kila Fairy & Sean Kingston Bakal Keluarkan Single Duet Hujung Tahun Ini!

??? @seankingston @djakuash #LionMusicGroup #paranormalmy

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Kila Fairy, 25, seorang penyanyi dan pelakon terkenal tempatan, bakal melancarkan satu single duet bersama dengan Sean Kingston, penyanyi dari Amerika pada hujung tahun ini.

Kila berkata bahawa judul bagi lagu tersebut masih lagi dalam perbincangan dan ianya sudahpun dirakam di tanah air Malaysia pada bulan Jun yang lalu.

Kila dikatakan memberikan nama beberapa artis luar negara kepada pihak pengurusannya, Lion Music Group dan pihak tersebut telah berjaya mendapatkan kontrak dengan Sean Kingston.

“Proses rakaman lagu hip hop ini hanya mengambil masa sehari sahaja. Satu pengalaman berharga apabila berpeluang berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat,” kata Kila Fairy.

Single ke-4 keluarannya ini bakal didatangkan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bahagian nyanyian Sean Kingston akan dikekalkan dalam bahasa Inggeris manakala Kila Fairy akan menyanyikn bahagian beliau dalam bahasa Melayu dan juga Bahasa Ingeris bagi kedua-dua versi masing-masing.

Rakaman video muzik bagi bahagian Sean Kingston sudah selesai dirakamkan, cuma bahagian Kila sahaja yang belum selesai.

Jom kita nantikan pelancarannya hujung tahun ini!

Leave a Reply