Cool, Fashion, fesyen, Kreatif, Lawak, Macam-Macam

Kini Anda Boleh Dapatkan Beg Membeli-belah Jenama Balenciaga Pada Harga RM8,000!

Ingatkah lagi anda semua apabila satu jenama terkemuka, Balenciaga, mengeluarkan satu beg membeli-belah yang menyerupai beg IKEA dan menyebabkan satu dunia gelak pada mereka? Kali ini mereka lakukannya sekali lagi!

Kali ini, jenama tersohor dari Perancis ini mengeluarkan satu beg tote yang serupa seperti beg kertas yang anda dapat apabila anda membeli-belah di kedai yang terletak dalam pusat membeli-belah.

Yang sakit hatinya, beg tote ini dijual pada harga €1,595 (RM7,842). Tak tipu!

Beg ini diperbuat daripada 100 peratus kulit anak lembu dengan kemasan pemegang kulit Nappa serta tambahan besi berwarna perak.

Tidak pasti apa fungsi sebenar tetapi kami membayangkan beg ini adalah untuk mereka yang kaki membeli-belah dan duit tak tahu nak buang mana sebab jenama ini sendiri menyatakan yang ianya adalah sejenis shopping bag.

Awal bulan Julai baru-baru ini, Balenciaga turut mengeluarkan sejenis beg membeli-belah berwarna putih yang turut menggunakan kulit anak lembu berwarna putih dengan kemasan pemegang kulit Nappa berwarna hitam.

Dan jika anda teka dengan tepat, memang beg ini berinspirasikan shopping bag!

Beg membeli-belah berwarna putih ini bezanya hanya jenis panjang ke bawah dan kurang lebar berbanding warna hitam yang baru dikeluarkan ini.

Beg putih ini dijual oleh Balenciaga pada harga €960 (RM4,722)!

Balenciaga ni menganjing orang ke apa? Kalau korang rasa kaya sangat, boleh la try beli kat sini.

Leave a Reply