kagum

Kisah Disebalik Kejayaan Atlet Paralimpik Malaysia Ridzuan Puzi

Hari ini 11/09/2017 pada pukul 4.30 pagi genap satu tahun Ridzuan Puzi iaitu atlet Paralimpik Malaysia memenangi emas di Sukan Paralimpik Rio. Emas yang dimenangi beliau adalah dalam acara 100m T36.

Mungkin ramai yang tidak tahu kejayaan yang dikecapi Ridzuan Puzi ini adalah hasil pengorbanan beberapa individu yang menyokong dan menyumbangkan bantuan untuk Ridzuan sebagai atlet.

Bakat Ridzuan Puzi atau lebih dikenali sebagai Dek Wan digilap oleh Encik Affizam bin Amdan, 46, seorang kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Ini adalah gambar Encik Affizam dan Dek Wan selepas Dek Wan pulang dari Rio dengan membawa pingat Emas Kepada Malaysia.

Pada mulanya Dek Wan menjalani latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis. Ayah Dek Wan mengharapkan latihan asas perabot ini dapat membantu Dek Wan bukan sahaja dalam kemahiran pembuatan tetapi membantu beliau untuk menguruskan diri sendiri. Dan selama 2 tahun juga lah Encik Affizam mengambil Dek Wan dari Bengkel Baru Murni ke stadium untuk menjalani latihan harian dan menghantar pulang ke rumah.

Encik Affizam juga turut membantu Dek Wan dan beberapa rakan OKU yang lain untuk mencari pendapatan dan mereka juga dibekalkan dengan asrama yang mempunyai katil dua tingkat, sebuah kipas, almari papan lapis nipis, juga peti TV 14 inci untuk keselesaan dan hiburan Dek Wan dengan kawan-kawannya.“Apa yang saya makan, itulah juga yang mereka akan makan. Nak beri lebih-lebih atau nak mewah mewah, tak mampulah saya” – Encik Affizam.

Ada peristiswa sekitar tahun 2008 dimana seorang lelaki Cina hadiahkan Dek Wan kasut disebabkan kasut beliau rosak dan terlalu buruk. Ketika berlatih di Gunung Medan, Utan Aji. seorang Lelaki Cina bertanya kepada coach iaitu Encik Affizam “Ini budak OKU… dia mau latih untuk apa?”

Coach jawab la berlatih untuk wakili negara dalam ASEAN Para Games 2009. Lelaki Cina tu gelak mengelekek tak percaya. Tapi dia baik orangnya.

“Saya mau bagi ini budak kasut baru wo. Nanti esok lu datang tempat saya.”

Dia nak bagi kasut baru kat Dek Wan disebabkan kasut yang dipakai sudah rosak.

Lelaki Cina yang hadiahkan Dek Wan kasut tersebut bernama Chuah Heng Oon, 57

Dek Wan tidak pernah ke sekolah, membaca dan menulis pun tidak pandai. Menulis nama sendiri pun tapi semangat beliau besat. Sangat besar hingga mampu bawa pulang Emas untuk Malaysia. Ditambah lagi dengan semangat untuk meneruskan kejayaan rakannya iaitu Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim, rakan karib Dek Wan dan merupakan atlet 100m juga. Pencapaian Allahyarham sebagai atlet: tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki di Sukan Paralimpik Incheon 2014, Korea Selatan. Beliau meninggal apabila motosikal yang ditunggang kemalangan dengan sebuah van. Mohammad Azlan adalah harapan negara di Kejohanan Paralimpik di Rio 2016. Namun, tugas ni telah Dek Wan tebus dengan membawa pulang Emas untuk Malaysia.

Sekarang, Dek Wan dibawah jagaan coach R. Jeganathan. Individu yang bertanggungjawab memastikan emas diraih di Rio 2016. Coach R. Jeganathan adalah orang yang paling bangga apabila Dek Wan meraih Emas di Rio kerana Dek Wan juga menghormati Coach R. Jeganathan seperti ayahnya sendiri.

Siapa sangka, seorang penghidap Cerebral Palsy mampu menggegar dunia dan melakar nama negara megah ke puncak dunia. Terima kasih coach Affizam, terima kasih coach Jeganathan. Terima kasih Uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia! Yang memberi sokongan kepada atlet paralimpik.

Leave a Reply