Jenayah

Kisah Pembunuhan Nurul Huda Abdul Ghani Pada Tahun 2004-Pt 2

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3

Sejak tragedi itu, Amer sentiasa memegang pakaian adik bongsunya itu sambil termenung seolah-olah berfikir sesuatu, selain memarahi sesiapa saja termasuk ahli keluarga yang berbual mengenai kejadian berkenaan.
nurulmanja

Kekecewaan terhadap segala usaha menyelamatkan adiknya menyebabkan Amer mengalami kemurungan dan tidak mahu bercakap sejak menemui adik bongsunya dalam keadaan bogel di bilik pengawal jana kuasa elektrik TNB itu.


Ini ialah kerana dia mengalami trauma dari kejadian itu. Justeru, Amir diberi rawatan psikiatri dan kaunseling oleh Pakar Psikiatri Hospital Permai, Dr Aminah Kassim, setelah ia berlaku.

Apabila keadaan Amer semakin pulih, dia bercerita:

Saya cukup marah dan dendam kepada pembunuh Nurul.

Saya amat geram dan sakit hati mengenangkan keadaan adik saya diperlakukan sedemikian rupa dan hampir membunuh orang yang saya rasa bertanggungjawab merogol Nurul tetapi dapat ditenangkan ahli keluarga yang lain ketika itu.

Nasib baik ada dua anggota polis ketika itu, jika tidak saya tidak tahu apa yang berlaku.

Jauh di sudut hati, saya berharap orang yang melakukan kekejaman itu menerima hukuman setimpal dengan perlakuan jahatnya.

Sementara itu, suspek kedua kes pembunuhan Nurul Huda, seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipanggil ‘Ngengel’ telah berjaya ditemui dan ditahan reman oleh polis. Bagaimanapun, suspek ketiga yang bernama ‘Jojo’ masih bebas.

Pada 24 Januari 2004, Mahkamah Sesyen telah membicarakan Mohd Abbas atas pertuduhan merogol Nurul Huda. Mohd Abbas telah mengaku kesalahan merogol Nurul, dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan 24 sebatan ke atasnya.

Mohd Abbas telah mengaku bersalah atas pertuduhan itu di bilik pengawal TNB Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, antara 9.20 pagi dan 1.00 petang 17 Januari 2004.

Kakak Nurul, Nor Aien Azlynah adalah satu-satunya ahli keluarga Nurul yang hadir ke perbicaraan tersebut dan dia menangis sewaktu pertuduhan terhadap Abbas dibacakan di mahkamah.

Bagaimanapun, ketika pensabitan dan hukuman dijatuhkan, Mohd Abbas yang mengenakan kemeja T warna putih dan seluar pendek warna krim tidak menunjukkan sebarang rasa kesal mahu pun sebarang emosi.

Setelah Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu, Mohd Abbas dibawa ke Mahkamah Majistret pada kira-kira pukul 1.00 petang untuk dibicarakan atas pertuduhan membunuh Nurul Huda pada waktu dan di tempat yang sama.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan.

Pada 1 Februari 2004, suspek kedua yang bernama ‘Ngengel’ telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret tanpa syarat kerana tidak cukup bukti dan kerana tempoh tahanan reman beliau telah berakhir.

Pada 28 Julai 2004, Mahkamah Tinggi telah diberitahu yang gambar-gambar dari tempat kejadian jenayah rogol dan bunuh Nurul Huda tidak dapat dikeluarkan kerana kamera yang digunakan pada hari itu tidak berfungsi.

L/Kpl K. Palansamy ialah salah seorang dari dua jurugambar yang mengambil foto tempat kejadian, namun tiada satu pun gambar dapat diterbitkan di mahkamah.

Dia memberitahu mengambil gambar-gambar di bilik pengawal pencawang TNB Kampung Pekajang menggunakan kamera Nikon yang merupakan hak milik kerajaan.
Untitled

Gambar: Balai Polis Tanjung Kupang

Dia juga mengambil empat keping gambar ambulans yang diletakkan di parkir Balai Polis Tanjung Kupang sebelum itu, menggunakan kamera Nikon tersebut dan kamera Olympus miliknya sendiri.

Saya menggunakan tiga gulung filem untuk mengambil 60 keping gambar namun setelah dicuci, negatifnya kosong.

L/Kpl Palansamy mengesyaki terdapat masalah mekanikal dengan kamera Nikon tersebut kerana gambar yang diambil dengan kamera Olympus miliknya dapat dihasilkan.

Pada 28 Julai 2004, ahli patologi forensik, Dr. Shahidan Mohd Noor dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah memberitahu Mahkamah Tinggi yang hasil bedah siasat yang dijalankannya menunjukkan Nurul Huda telah dirogol dan diliwat.

Kemaluan mangsa didapati terkoyak dan duburnya cedera, akibat dimasukkan objek tumpul yang kemudiannya diterangkan beliau sebagai ‘alat sulit lelaki yang keras’.

Dr Shahidan ialah saksi pendakwaan pertama di perbicaraan Mohd Abbas yang ketika itu bekas pengawal keselamatan stesen janakuasa TNB. Bagaimanapun, beliau menambah yang sukar untuk dipastikan berapa orang sebenarnya yang telah merogol dan meliwat Nurul, namun begitu, berdasarkan bentuk kecederaan, Dr Shahidan percaya hanya seorang individu terlibat.

Dr Shahidan turut memberitahu mahkamah yang Nurul Huda diperlakukan oleh penyerangnya supaya ‘diam dan tidak melawan’ supaya dia boleh melakukan apa saja yang dimahukannya.

Dia menambah yang dia menemui cecair tidak berwarna dalam kemaluan Nurul dan setelah diperiksa, cecair itu tidak mengandungi sperma.

Katanya, ini boleh berlaku kerana cecair yang dikeluarkan oleh alat sulit lelaki mungkin mengandungi sedikit saja atau tiada langsung sperma.

Dr. Shahidan seterusnya mendedahkan, bedah siasat yang hanya mengambil masa satu setengah jam itu menunjukkan Nurul Huda meninggal dunia kerana asfiksia yang terhasil dari cekikan secara manual.

Cekikan itu turut menyebabkan kecederaan di leher dan dia memberitahu, hanya seorang individu pun sudah cukup untuk menyebabkan kecederaan seperti itu.

Apa yang menarik perhatian, dalam keterangannya, Dr. Shahidan menambah yang Nurul Huda berkemungkinan sudah meninggal dunia semasa dia dirogol dan diliwat. Katanya, kecederaan pada alat sulit mangsa bersifat minimal dan tidak menunjukkan mangsa telah melawan sewaktu dirogol dan diliwat.

Hanya ada trauma minimal di alat sulit mangsa yang menunjukkan dia mungkin telah meninggal dunia dan dia hanya diserang oleh seorang saja individu.

Sementara itu, seorang ahli kimia dari Bahagian Forensik, Jabatan Kimia di Petaling Jaya turut memberi keterangan sebagai saksi pendakwa, berkata profil DNA kesan sperma yang ditemui pada beberapa item menunjukkan yang ia milik Mohd Abbas.

Bakhtiar berkata kesan sperma itu ditemui pada tikar yang diperbuat dari jerami padi, sehelai cadar, sehelai selimut dan sepasang seluar pendek.

Dia menambah yang profil DNA kesan darah yang ditemui pada selimut adalah milik Nurul Huda.

Pada 11 Ogos 2004, Mahkamah Tinggi diberitahu yang suspek kedua, Suyaimi Mohd Zain, 27, juga dikenali sebagai ‘Ngengel’ telah melarikan diri sewaktu polis cuba menahannya untuk membantu dalam siastan kes rogol dan bunuh Nurul.

L/Kpl Kambali Jais, yang bertugas untuk Unit Cegah Jenayah Balai Polis Tanjung Kupang memberitahu, dia ke rumah lelaki itu pada pukul 1.00 petang, hari kejadian itu berlaku bersama seoang lagi anggota polis, L/Kpl Pakazi Mat Daud dan abang Nurul, Abdul Aziz.

Ketika sampai, ibu Suyaimi yang dikenali sebagai Beu Omar telah membuka pintu. Sewaktu Kambali bercakap dengan Beu, Pakazi dan Abdul Aziz kedua-duanya telah bergerak ke kiri dan kanan rumah Suyaimi. Kambali telah bertanya tentang Suyaimi, dan Beu kemudiannya masuk untuk mencari Suyaimi. Cerita Kambali:

Namun, ibunya datang balik ke pintu dan beritahu Suyaimi telah lari melalui tingkap belakang.

Kambali memberitahu yang dia nampak Pakazi dan Abdul Aziz mengejar Suyaimi waktu itu.

Bagaimanapun, setelah lari kira-kira 100 meter, Suyaimi terjatuh, menyebabkan mereka berjaya menangkapnya.

Ibu Suyaimi telah memberi keterangan di mahkamah bahawa Suyaimi sememangnya ada di rumah sejak pagi hari itu. Beu, yang berusia 58 tahun ketika itu memberitahu bahawa Suyaimi bangun tidur pada pukul 11.00 pagi dan setelah mandi, bersarapan di rumah dengannya.

Lepas bersarapan, anak saya menonton televisyen di ruang tamu. Saya ada waktu dia bangun tidur. Saya tak nampak dia keluar rumah pagi itu.

Beu berkata, Suyaimi ada di dapur ketika polis mencarinya tetapi dia lihat Suyaimi lari secara tiba-tiba apabila mengetahui kehadiran polis.

Sementara itu, siasatan polis menunjukkan bahawa Abbas bertindak seorang diri dalam jenayah rogol dan bunuh yang dilakukannya.

Pada 17 Ogos 2004, Asst Supt Idris Abdul Karim yang merupakan pegawai penyiasat kanan kes Nurul Huda memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa lelaki bernama ‘Jojo’ tidak ada kaitan dengan kes tersebut.

Mohd Abbas yang beritahu kami maklumat tentang ‘Jojo’, tetapi dia tak dapat beritahu nama penuh mahupun sebarang maklumat tentang lelaki itu.

Usaha polis untuk menjejaki lelaki bernama ‘Jojo’ seperti yang didakwa Mohd Abbas tidak berjaya.

Pada 21 Ogos 2004, Mohd Abbas dalam keterangan membela diri kepada Mahkamah Tinggi, memberitahu yang dia tidak membunuh Nurul.

Dakwanya, Nurul dirogol dan dibunuh oleh orang lain sebelum dia mengambil giliran untuk merogol Nurul.

Abbas memberitahu yang dia melihat lelaki yang dikenal pasti sebagai seorang lagi pengawal keselamatan di situ, ‘Ngengel’ menindih Nurul atas satu platform kayu di dalam bilik pengawal pencawang TNB Kampung Pekajang.

Dia berada dalam keadaan bogel dan saya lihat kedua-dua tangannya mencekik leher budak perempuan itu semasa merogolnya.

Ini berlarutan selama lima minit sementara Ngengel lakukannya, budak perempuan itu tidak berpakaian dan tidak bersuara.

Abbas turut menambah Ngengel yang membawa Nurul ke bilik pengawal pencawang tersebut, memberitahu Nurul ialah anak saudaranya. Katanya lagi, Ngengel memberitahunya yang kawannya bernama “Jojo” dari Kampung Tiram Duku akan tiba ke bilik tersebut tidak lama selepas itu.

Ngengel ialah nama panggilan Suyaimi:

Setelah selesai (merogol Nurul), dia ambil basikal biru budak itu dan letakkannya dalam tandas.

Saya cuba kejutkan budak itu tetapi dia tak bergerak. Saya tak pasti sama ada kemaluan saya masuk ke dalam kemaluannya kerana dia tidak bergerak atau berbunyi.

Saya hanya gosokkan kemaluan saya sehingga ejakulasi.

Abbas mendakwa memegang bahu kiri Nurul dengan tangan kanannya.

Dia menambah, apabila dia berdiri, dia lihat Jojo menindih Nurul dengan hanya memakai kemeja-T.

Saya juga lihat Jojo pegang leher budak itu.

Abbas memberitahu selepas itu, Jojo bangun dan Ngengel mengangkat Nurul dan meletakkannya dalam keadaan mencangkung dalam tandas, menutup pintu dan kemudian meninggalkan bilik pengawal itu.

Setelah mereka pergi, Abbas mengunci pagar pencawang tersebut dan masuk ke dalam bilik pengawal. Lima minit kemudian, sebuah Proton Wira putih bersama seorang lelaki dan dua wanita telah datang dan meminta kebenaran untuk memasuki kawasan itu.

Abbas tidak membenarkan mereka masuk dan meminta mereka membawa polis jika ingin berbuat demikian.

Mereka kemudian meninggalkan saya, Kawan saya ‘Among’ kemudian datang dan bawa saya ke tempat Jojo di Tiram Duku di mana saya beli satu tiub heroin dengan harga RM 20.

Kemudian saya balik ke pencawang dan pada pukul 1.00 petang, kereta putih datang kembali dan saya lihat ada dua polis bersama mereka, salah seorangnya memakai uniform.

Abbas mendakwa tidak membenarkan mereka masuk kerana ramai orang kampung sudah berada di situ. Dia kemudiannya melihat dua polis dan lelaki dalam kereta putih memanjat pagar pencawang.

Polis itu masuk ke dalam bilik pengawal, buka pintu tandas dan dalam masa yang sama, orang kampung sudah masuk ke kawasan stesen.

Mohd Abbas memberitahu dia kemudiannya diserang penduduk kampung dan pegawai polis telah melindunginya.

Dia telah memberitahu polis yang Ngengel turut terlibat dan tidak lama selepas itu, dia lihat Ngengel dalam kereta polis dan mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Tanjung Kupang. Akhirnya dalam kenyataan bertulis:

Saya tidak bunuh budak itu. Saya tidak ada niat membunuhnya.

Orang lain yang buat. Kenapa pula saya yang dipersalahkan?

Nota: Bersambung ke Bahagian 3 (akhir)amazingnara.com

Sumber: NSTP, The Star

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3

Comments 2

  1. Bahana dunia akhir zaman..ramai yang makin kaya..lagi ramai yang kian terhimpit..semoga Allah selamatkan kita semua..aminnnn

Leave a Reply