Cantik, kagum, Kreatif, Manusia, menarik

[Kreatif] Pokok Bonsai Yang Di Buat Daripada Orizuru (Gambar)

Bonsai adalah merupakan teknik menghidupkan pokok miniatur di dalam bekas pasu hiasan. Seni bonsai memerlukan pengamalnya menanam spesies pokok tertentu di dalam pasu bersaiz kecil, mengawal tumbesarannya serta mengubah bentuk semula jadi susunan dahan, ranting daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Baru-baru ini seorang artis seni jepun, Onogawa Naoki telah memuat turunkan beberapa gambar hasil kerja bonsai beliau yang telah diperbuat daripada orizuru. Perkataan Orizuru merupakan gabungan dua perkataan Jepun, “Ori” yang bermaksud “lipat” dan “Zuru” yang bermaksud “burung jenjang”. Dengan kata lain orizuru bermaksud hasil seni lipatan kertas berbentuk burung jenjang.

Di bawah ini adalah beberapa gambar yang telah dimuat turunkan oleh Naoki di dalam akaun Instagram beliau sendiri. Hasil kerja beliau ini telah mendapat banyak perhatian daripada netizen di dalam Jepun dan juga luar negara kerana hasil kerjanya yang sangat teliti dan halus. Jom tengok betapa cantiknya hasil kerja beliau itu….

A post shared by Naoki Onogawa (@naokionogawa) on

A post shared by Naoki Onogawa (@naokionogawa) on

Leave a Reply