Tips

Kulit “Ikan Jaket” Rasa Susah Nak Buang? Ini Cara Mudah Dan Isi Ikan Tak Melekat.

Ada yang jenuh dan sukar nak siat kulit ikan cencarukan haaa ini cara saya ya guna surat khabar..sikit-sikit isi ikan yang melekat tu adatlah kan tapi atas nasib juga kadang-kadang isinya tak melekat langsung.

Inilah satu-satunya ilmu siat kulit cencaru menggunakan surat khabar yang saya warisi dari Ayahanda sy Allahyarham Hj Latip bin Abd Rahman. Semoga dapat membantu kawan-kawan ya, cara paling mudah dan cepat. Selamat mencuba.

Lepas ini dah boleh mempelbagaikan masakan ikan cencaru ini, tak adalah asyik bakar aja. Jom kita cuba.

Kredit : Pn LinaZubir Linawati Latip

Leave a Reply