Info Semasa

Kutipan Caj Bag Plastik 20 sen di Selangor Mencecah RM1.87 Juta

Pada awal tahun 2017 lalu, kerajaan Selangor melaksanakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik barangan yang dibeli bermula 1 januari 2018. Pada mulanya, pelaksanaan ini menerima pelbagai kencaman dari pelbagai pihak walaupun ia merupakan salah satu kempen yang baik.

Pelaksanaan yang dilakukan ini dari 1 Januari hingga Mei telah mendapat kutipan sebanyak RM1.87 juta

Menurut Elizabeth Wong Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri Selangor ketika ditemu bual Bernama di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kutipan tersebut hanyalah membabitkan pasar raya dan restaurant yang mempunyai laporan kutipan caj 20 sen dari Januari hingga Mei.

Wong turut memberitahu kos pelaksanaan kempen bebas beg plastik itu menelan belanja sebanyak RM213,678.30 yang digunakan untuk poster kesedaran, bunting dan juga pembelian beg non-woven.

Dalam masa yang sama Wong memaklumkan 63.98 peratus kutipan tersebut membabitkan peniaga pasar raya dan selebihnya adalah peniaga restoran dan kedai makan di Selangor.

Leave a Reply