Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik, Tips, Video, Viral

Lagu Pejamkan Mata Nukilan Malique Terima Hampir 150,000 View Dalam Masa Sehari

Pejamkan Mata, satu nukilan lagu yang penuh puitis yang dibangunkan oleh tidak lain tidak bukan, Malique, seorang artis yang tidak boleh disangkal kewibawaan beliau dalam melakar seni dalam gubalan dan penulisan lirik lagu.

Baru sahaja sehari selepas video muzik rasmi lagu Pejamkan Mata dikeluarkan di Youtube dan lagu yang didendangkan oleh gandingan Malique dan Dayang Nurfaizah itu sudah mencapai jumlah view hampir 150,000!

Seperti yang diketahui, penampilan Malique tidak dapat dilihat dalam video muzik tersebut. Namun, penampilan ramai pelakon yang sangat berwibawa dapat dilihat dalam klip video tersebut.

Antara artis yang membuat kemunculan dalam video tersebut ialah Uqasha Senrose, Beto Kusyairi, Johan As’ari, dan pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika.

Pejamkan Mata merupakan salah satu single daripada album terbaru keluaran Malique, TKO. Gubalan lagu ini dijalankan oleh Malique sendiri bersama-sama Tripdisz, Dedeq dan Kelana.

Lirik lagu ini pula digubal sendiri oleh Malique.

Anda boleh memuat turun lagu ini secara sah melalui platform seperti Spotify, iTunes, JOOX dan Yonder Music.

Leave a Reply