Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Manusia, menarik, Video, Viral

Lagu Suasana Hari Raya Didendangkan Di Dalam Gereja Ketika Sambutan 1 Syawal

Baru-baru ini tersebar satu video viral di Facebook yang menunjukkan sebuah gereja Katolik di Keningau, Sabah memainkan lagu Suasana Hari Raya yang popular sebagai tanda penghormatan kepada umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Video dengan durasi 27 saat ini tersebar di Facebook pada hari Ahad, 1 Syawal, yang menunjukkan kumpulan koir gereja Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau, Nulu Sosopon Kg. Agudon memainkan lagu popular tersebut dalam versi instrumental.

Ketua pasukan koir, Harry Wong berkata, kumpulan koir yang terdiri daripada 4 orang itu membuat keputusan untuk memainkan lagu klasik hari raya dalam usaha untuk menyebarkan rasa cinta dan solidariti dalam menyambut musim perayaan Aidilfitri.

“Hari Raya ini kami ingin meraikan perayaan, dan pada masa yang sama kami ingin menunjukkan bahawa tidak salah memainkan lagu Hari Raya di sebuah gereja untuk menghormati peristiwa itu,” kata Harry Wong.

Beliau turut menyampaikan rasa gembira melihat gereja-gereja lain di Malaysia turut bersama-sama menunjukkan solidariti yang sama dalam memupuk sifat kasih sayang dan saling mempercayai antara agama-agama yang berbeza di Malaysia.

Rakyat Sabah dikatakan mempunyai hubungan yang kuat dan saling mempercayai. Walaupun mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza, rasa hormat dan saling kasih mengasihi tetap wujud dalam kalangan mereka untuk memupuk satu komuniti yang harmoni dan saksama.

Leave a Reply