kagum, menarik

Perubahan Lebuh Raya Di Korea Menjadi Taman Dalam Bandar Yang Menarik

Beberapa hari lalu, kami menonton sebuah rancangan realiti Korea. Di dalam rancangan tersebut, mereka diminta untuk pergi ke tempat yang diwarta Seoul Future Heritage. Dan salah satu tempat tersebut adalah satu lebuh raya pada zaman dahulu yang telah diubah suai menjadi sebuah taman di tengah ibu kota.

Seoullo 7017 merupakan satu project oleh syarikat Belanda MVRDV. Ia merupakan taman berjalan kaki yang dibina di atas lebuhraya bertingkat di tengah bandar Seoul. Ia dibina pada tahun 1970 dan merupakan salah satu jalan yang menggerakkan bandar Seoul pada ketika itu, tetapi ditutup pada tahun 2006 di atas sebab keselamatan. Mempunyai lebih 24,000 pokok yang ditaman di kesemua laluan tersebut, ia merupakan taman yang indah di tengah bandar raya Seoul.

Ia bukan sahaja dibina untuk kerja pemuliharaan jambatan yang rosak tapi ia juga merupakan satu project yang dibina untuk menarik pelancong kerana taman ini dilengkapi dengan kemudahan awam yang dibina berhampiran. Seoul Station yang menghubungkan penumpang ke serata bandar hanya berada di bawah jambatan ini sahaja. Pada pendapat penulis, Malaysia boleh mengikuti jejak langkah Seoullo 7017 untuk memastikan keadaan persekitaran, terutamanya jambatan akan terus terpelihara.

Sumber: DEZEEN.COM

Leave a Reply