Info Semasa, Lawak, Macam-Macam, Manusia, Pelik, Viral

Lelaki Berumur 16 Tahun Kurung Isteri Berumur 71 Tahun Kerana Cemburu Takut Lelaki Lain Mengorat Isterinya

Perkahwinan seorang remaja berumur 16 tahun, Selamet Riadi dengan Rohaya, 71 tahun di sebuah kampung Ogan Komering Ulu, Selatan Sumatera, menjadi perbualan orang ramai minggu lalu kerana perbezaan umur yang sangat jauh.

Walaupun menerima tomahan daripada orang ramai, Selamet dan Rohaya terus menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain secara terbuka (mereka pernah mengancam untuk membunuh diri jika keluarga mereka tidak merestui perkahwinan mereka). Tetapi idea Selamet ke atas sebuah percintaan mungkin sedikit melebih-lebih dan obsesif.

Dalam satu sesi temu bual dengan Detik, Selamat mengaku yang beliau mudah cemburu apabila melibatkan isterinya yang baru itu, jadi dia mengurung isterinya apabila dia keluar dari rumah.

“Cemburu saya terlebih-lebih terhadap Bunda (panggilan manja untuk ibu atau kekasih wanita di Indonesia), kerana saya cintakan dia,” kata Selamet, dipetik dari Detik.

“Ya saya mengurungnya kerana sya takut lelaki lain akan masuk rumah apabila saya keluar untuk mendapatkan makanan atau rokok. Tetapi apabila saya pulang, saya buka kunci pintu.”

Rohaya tidak dapat ditemu bual kerana dikurung di rumahnya.

Dalam satu berita, pasangan baru bernikah itu akan berbulan madu di Palembang, ibu kota Sumatera Selatan. Selamet juga turut memberitahu niatnya untuk mendapatkan anak bersama Rohaya.

Had minima umur berkahwin di Indonesia ialah 16 untuk perempuan dan 19 untuk lelaki seperti yang ditetapkan dalam undang-undang 1/1974 Akta Perkahwinan. Namun begitu, terdapat juga konsep ‘nikah siri’ di mana sesebuah perkahwinan itu dibenarkan mengikut undang-undang agama, tetapi tidak diiktiraf oleh kerajaan. Ini mewujudkan satu kelemahan dalam undang-undang yang membenarkan perkahwinan dengan kanak-kanak masih diteruskan di Indonesia, kerana dalam Islam, seorang kanak-kanak yang cukup syaratnya dibenarkan berkahwin (contohnya sudah mencapai akil baligh).

Nikah siri terus berlaku secara meluas di Indonesia kerana dalam undang-undang had minima umur perkahwinan, terdapat satu klausa yang mengatakan, “sesebuah perkahwinan adalah sah di sisi undang-undang jika mengikut syarat yang ditetapkan dalam agama dan kepercayaan.” Ini melindungi nikah siri daripada dilihat sebagai melanggar undang-undang, di mana jika klausa ini tidak wujud, ianya boleh dilihat sebagai rogol kerana melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Walaupun perkahwinan antara lelaki tua dengan gadis yang sangat muda adalah norma di Indonesia, yang sebaliknya adalah sangat jarang berlaku. Di bulan Februari, perkahwinan antara lelaki berumur 28 tahun dengan wanita berumur 82 tahun turut mendapat liputan yang besar di Indonesia dan serata dunia.

Leave a Reply