Kreatif, Lawak, Macam-Macam, Manusia, menarik, Pelik

Lelaki Dengan Nama Paling Pendek Di Dunia Berada Di Indonesia

Kalau sebut tentang nama pelik dan cool di dunia, biasa dengar datang dari Indonesia. Antara nama yang membuatkan kami rasa menakjubkan adalah seperti Diagnosa Fenomena, Gorilawati, dan Kipsmail yang orang tuanya mendapat idea nama tersebut daripada perkataan Inggeris ‘Keep Smile’.

Kini Indonesia menempah nama lagi sekali dengan wujudnya seorang lelaki yang diberikan nama terpendek dalam dunia iaitu ‘.’ atau disebut Titik! Ianya nama yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak yang berasal dari Jepara, Jawa Tengah.

Kanak-kanak yang merupakan hasil perkahwinan Ali Mas’ud dan Kismawati ini selalu mengalami masalah kerana sistem yang ada di Indonesia tidak membenarkan penggunaan ‘.’ dalam sistem sebagai nama. Jadi terpaksa mengeja namanya sebagai Titik. Tetapi dalam sijil kelahirannya, memang nama kanak-kanak ini ialah ‘.’!

Abang kepada Titik juga mempunyai masalah yang sama di mana beliau diberikan nama ‘N’. Lelaki dengan nama N ini sebelum ini turut menempah nama dalam carta Rekod Muri sebagai nama terpendek pada tahun 2000 yang lalu.

Ali mengatakan bahawa nama N adalah di atas cadangan tok guru beliau. Hal yang demikian pun berlaku kerana tidak dapat meletakkan huruf ‘Nun’ atau ‘?’ dalam bahasa Arab di dalam sistem rekod kelahiran.

P/S: Macam-macam perangai pelik manusia zaman sekarang. Nak berguru pun agak-agak lah. Dah sampai tahap menyusahkan anak pulak!

Leave a Reply