Santai

Lelaki Ini Lamar Teman Wanita Untuk Jadikan Isteri, Kemudian Lamar Anaknya Ingin Jadi Pembimbing Keluarga.

Seorang individu bernama Grant Tribbett tahu jika dia ingin melamar teman wanitanya, dia perlu menjadi bapa kepada anak teman wanitanya.

Sedar akan hakikat itu, dia juga melamar anak teman wanitanya untuk menjadi penjaga kepadanya.

Grant Tribbett menjumpai tempat yang sempurna untuk melamar teman wanitanya, iaitu di atas sebuah jambatan di dalam Hutan Simpan Semula Jadi Ritchey di Fisher, Indiana. Kemudian dia memanggil rakannya, Mandi Gilliland yang menjadi jurugambar untuk merakam saat indah tersebut.

Memetik kenyataan ABC News, bahawa rakannya mempunyai rancangan untuk menyorok di kawasan berdekatan dengan jambatan tersebut 30 minit sebelum dia sampai ke lokasi.

Pada tarikh 27 Mei, Tribbett membawa bersama wanita yang kini merupakan tunangan beliau, Cassandra Reschar dan anak perempuan Reschar yang berusia 5 tahun, Adriana. Mereka bersarapan dahulu di restoran tempatan sebelum ke kawasan yang bersejarah dalam hidup mereka.

“Saya melutut satu kaki dan melamar untuk berkahwin dengannya (Reschar). Selepas dia bersetuju, saya kemudian melutut sekali lagi, dan kali ini kepada anaknya sambil menghulurkan rantai berbentuk hati dan melamar jika saya boleh menjadi bapanya dan berjanji untuk sentiasa sayang dan menjaganya,” kata Tribbett.

Pada masa yang sama, Reschar, 26 tahun, memberitahu ABC News bahawa dia mula menggeletar kerana terkejut dan “menangis, tangisan yang langsung tidak comel,” katanya lagi.

“Dah lama dia (Adrianna) menantikan saat ini. Saya selalu berdoa sejak dia kecil lagi supaya akhrinya saya dapat mencari orang yang menyayanginya seperti mana saya menyayangi anak saya,” kata Reschar.

Adrianna juga berkata ‘ya’ dan kemudian menjerit kegembiraan sambil berkata, “Akhirnya saya mendapat ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat seorang bapa!”

Gambar lamaran pasangan tersebut menjadi tular minggu lepas selepas sebuah laman Instagaram yang dimiliki oleh The Knot menyebarkan kisah dan gambar-gambar tersebut.

“Saya tahu dengan melamar Cassandra (bermakna) saya juga perlu memberi komitmen sepanjang hidup sebagai seorang bapa. Cara yang terbaik untuk berkahwin dengan cinta hati saya ialah dengan meminta izin kepada anaknya untuk menjadi bapanya.”

“Saya berharap bahawa saya berupaya menjadi bapa yang baik seperti kedua ibu bapa saya,” Tribbett menambah.

Sumber

Leave a Reply