Dalam satu upacara kombinasi perkahwinan dan pengebumian yang menyayat hati, Chadil Deffy telah mengahwini kekasihnya yang sudah meninggal dunia. Upacara itu berlangsung di Surin, sebuah bandar di bahagian utara Thailand, 4 Januari lepas.

Pasangan ini telah bercinta selama 10 tahun dan beberapa kali menangguhkan perkahwinan kerana Deffy ingin menamatkan pengajiannya sebelum berkahwin. Tetapi apabila Kamsook meninggal dunia kerana kecederaan serius dari satu kemalangan kereta, impian pasangan ini berkecai.

Apa yang mungkin lebih menyedihkan ialah walaupun cedera parah dari kemalangan kereta, Kamsook sepatutnya boleh diselamatkan, tetapi setelah menunggu selama enam jam di hospital dalam satu unit rawatan rapi yang sesak, Kamsook meninggal dunia.
Deffy yang patah hati tidak mahu Kamsook dikebumikan tanpa menunaikan impian kekasihnya itu, telah menyarungkan cincin ke jari manis Kamsook dalam satu perkahwinan Buddha.

Seluruh Thailand telah menonton dalam televisyen kebangsaan bagaimana Deffy menunjukkan cintanya yang mendalam dan kesetiaannya pada mayat Sarinya.

Cinta sejati tidak akan mati? Mungkin juga.
touching :,(
Touching cinta mati
Sedih…tapi org islam tak boleh buat mcm ni…
terharunya…….bahagianya kalau ada kekasih yg sangat cintakan kita……
agak touching tp lebih kpd serammmm jer naknya tgk mayat tu lebam2..jari pun lebam… mcm nk jd nang nak la pulak…
ee..tgk tapak kaki pompuan tu dh jatuh la..
sayunye tgk….cinta xksampaian
klu korang mesti tak sanggup kn? itu tandanya cinta sejati…tak kisahla klu dia ruper macma nang nang ke..macam monyet ke..susah nak cari kasih syg dan cinta macam ni..org memang pandai berkata kata sahaja..
sy stuju ngn setiakasih….
sdih tp terharu…
krana ade juga lelaki yg cinta smpai mati terhadap seorang wanita…
sedihnye..terharu sgt..
cinta sampai mati…
yaAllah cinta d bawa mati…subhanallh
Sebenarnya lelaki 2 rasa bersalah kerana byk kali menangguhkan perkahwinan dan wanita 2 sanggup menunggu, at last wanita 2 mati dulu…. Hajat tak kecapaian, jadi sebagai tanda penghormatan kerana setia kepadanya sampai akhir hayat. Tu sebab dia kawen dgn ppuan 2….. Tp mmg touching la….
wei lawa wei pompuan tu tapi napa laki tu tangguh2???
lau dapat kan….ish lau aku dapat…2 minggu x kuar umah tau >_<
eii seramlah…
pelleeeeee x
seramnya…adakerrr…tak sanggup..