Info Semasa

Lelaki Warga Korea Yang Mati Di KLIA2, Polis Sahkan Individu Berikut Adalah Abang Tiri Kim Jong Un

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara sah mati dibunuh di KLIA2, lapor BBC. Pengesahan itu sejurus tiba selepas terdapat beberapa laporan media berkata Kim Jong-nam mati dibunuh semalam oleh dua wanita di lapangan terbang itu.

Menurut BBC, pengesahan itu dibuat oleh satu sumber rapat dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan kini mayatnya sedang dibedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, turut mengesahkan lelaki Korea Utara yang meninggal dunia di KLIA2 adalah Kim Jong-nam.

“Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.

“Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita,” katanya.

Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

“Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia,” katanya

Sumber : BBCTwitter Astro AwaniSinar Harian

Comments 1

  1. Sampai sekarang aku tertanya-tanya..mcm mana rupa kain serkup yg tutup muka dia

Leave a Reply