Filem, Info Semasa, Video

Loghat Malaysia Bakal Didengari Dalam Siri TV ‘Star Trek’ Akan Datang

Jika anda menonton trailer cerita Star Trek: Discovery, mungkin anda akan perasan sesuatu yang kedengaran sesuatu yang biasa didengari.

Kami amat berbangga untuk melihat pelakon tempatan, Datuk Michelle Yeoh memegang watak utama dalam siri televisyen akan datang ini, dan kami amat teruja untnuk mendapat berita yang beliau akan mengekalkan loghat tempatannya!

Peminat Star Trek dari seluruh dunia juga turut berkongsi kegembiraan untuk melihat kepelbagaian dalam pelakon-pelakon siri TV ini!

Datuk Michelle Teoh sendiri telah mengesahkan yang beliau akan mengekalkan loghat beliau dalam lakonannya melalui akaun Facebooknya dengan mengatakan yang ianya ‘satu usaha dalam sedar’.

Pelakon yang berasal dari Ipoh ini diberikan watak sebagai Philippa Georgiou, kapten USS Shenzhou, bersama-sama Sonequa Martin-Green yang akan memainkan watak sebagai First Officer Michael Burnham.

Seperti biasa, usaha ini turut mendapat kecaman daripada sesetengah pihak yang mengutuk Michelle Yeoh dan mengatakan loghatnya itu bagaikan ‘pelakon yang tak reti bercakap Inggeris dengan betul’.

Nasib baik Michelle Yeoh tidak mengendahkan apa yang dikatakan mereka ini!

Menurut penerbit eksekutif, Bryan Fuller menerangkan bulan lalu yang Star Trek akan diteruskan dengan ‘sambutan kelainan’, bukan sahaja dari segi bangsa malah jantina.

Sama ada ini adalah idea penerbit atau Michelle Yeoh sendiri, kami amat berbangga kerana beliau terus membawa identiti sebenarnya dan sedikit sebanyak menyelitkan unsur seorang rakyat Malaysia dalam satu lagi sejarah industri perfileman dan televisyen.

Leave a Reply