Viral

Luahan Ibu Muda: “Adakah Pengasuh Tidak Beri Bayi Saya Susu Kerana Saya Hanya Bayar RM 400 Sebulan?”

Pada era kehidupan keluarga moden kini, kebanyakan isteri tidak lagi dapat menjaga anak-anak sendiri dan menghantar anak ke rumah pengasuh kerana terpaksa keluar bekerja bagi membantu ekonomi keluarga.

babysusuanNamun begitu, kerana dihantar pada pengasuh, ibu hanya mampu berserah kepada pengasuh untuk memastikan bayi yang dihantar dijaga dengan baik dan diberi minum susu secukupnya.


Ini pula cerita seorang ibu muda telah  meluahkan rasa sedih kepada laman Info Ibu Hamil  (IIH) mengenai bayinya yang didapati kelaparan setiap kali selepas diambil dari rumah pengasuh. Ikuti luahannya:

Salam, warga IIH. Mohon sembunyikan profil saya. Cuma nak bertanya dan luahan hati seorang ibu muda.

Pengasuh geli mahu beri susu badan yang dibekalkan pada bayi

Bayi saya baru nak masuk tiga bulan, saya campur susu badan dengan formula. Pakai formula sebab pengasuh tak nak panaskan susu saya. Geli katanya.

Pengasuh minta belikan puting untuk bayi

Bila hantar pengasuh, pengasuh minta saya belikan puting. Katanya anak saya kuat menyusu jadi kalau ada puting, tidur lama sedikit.

Okay, untuk mudahkan kerja pengasuh saya pujuk diri belikan puting. Hari pertama guna puting, saya pergi ambil anak, anak saya diam saja.

Anak hisap susu badan semahunya bila pulang

Sampai rumah saya baru nak letak anak, sekali dia menangis macam kena dera, jadi saya susu badan, dia hisap semahunya.

Cara dia hisap macam lapar sangat susu. Saya mesej pengasuh tanyakan, dia cakap dia beri susu macam biasa. Saya tak nak buruk sangka tetapi entahlah, para ibu semua.

Naluri saya kuat cakap pengasuh tak beri susu, kalau menangis dia sumbat puting saja.

Lagi satu saya memang mandikan dulu anak saya pagi sebelum pergi hantar, kira saya hantar anak dah wangi-wangi, lampin dah bertukar semua.

Susu dah beri kerana saya nak mudahkan kerja pengasuh dan nak pengasuh senang hati jaga anak saya tetapi, minggu lepas saya pergi ambil anak dalam pukul 6:30 petang, dia tak mandikan anak lagi.

Katanya kenapa balik awal sangat? Selalu ambil pukul tujuh jadi dia tak mandikan. Lampin penuh, masa itu bayi hisap puting.

Sekali saya cabut puting depan pengasuh, apa lagi , bayi saya menangis betul.

Saya tanya dah minum susu, ke? Pengasuh cakap dah minum pukul 6.00 petang tadi, saja saja ni depan ibu dia nak nangis.

Sedih bayi diperlakukan begitu

Dalam kereta bayi saya menangis, saya susukan badan pada dia sambil saya pun menangis sebab sedih sangat bila dia buat macam ini pada anak saya.

Suami saya diam saja, sebab dia pun sebak dengar tangisan anak yang tengah lapar dan tak selesa dengan lampin pakai buang dah penuh.

Saya bayar pengasuh RM 400, hantar pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam (paling lewat ambil).

Kalau hujung minggu hantar dia ambil RM 5 bagi setiap jam.

Pengasuh buat anak saya macam itu sebab sedikit ke saya bayar dia? Dia jaga dua orang budak termasuk anak saya, budak lagi satu itu dalam tiga tahun.

Nak cari pengasuh lain ambil masa. Esok saya nak bawa anak saya ke pejabat,.

Saya beritahu pengasuh saya cuti dan saya jaga anak. Maaf hanya nak luahkan.

Sekarang tengok wajah anak tengah tidur rasa sebak sangat.

Saya nak berhenti kerja tetapi kerja saya kontrak. Kalau berhenti sebelum tarikh yang sepatutnya, kena bayar ganti rugi pada syarikat.

Terima kasih, admin.

Perkongsian ibu muda yang enggan dikenali ini mendapat lebih 5,900 likes dan lebih 600 shares mungkin kerana ramai memahami akibat mengalami masalah yang sama.

Sekiranya anda masih ingat, terdapat satu kes di satu taska di Wangsa Maju yang telah ditutup (kerana kes dera), salah seorang pengasuhnya mendedahkan yang pemilik taska sendiri mengumpul susu formula yang dihantar ibu bapa untuk diberi kepada anaknya sendiri, manakala anak-anak orang diberi susu dari salah satu botol susu badan yang dihantar oleh seorang ibu yang bukan ibu anak-anak tersebut.

Kes sebegitu pun pernah wujud sebelum ini.

Kepada pengasuh, sekiranya anda tidak ikhlas dengan kerja yang dilakukan janganlah mengambil khidmat menjaga anak orang. Bayi memerlukan nutrisi mencukupi untuk membesar dan membiarkan bayi dalam kelaparan bukanlah sesuatu yang baik untuk tumbesaran bayi itu.

Bersikap lebih ikhlas dan jaga bayi orang lain seperti bayi sendiri. Pasti nanti ada ganjaran keihlasan itu untuk anda.

Sumber: Info Ibu Hamil


Comments 1

  1. purerivalentine

    ni nak tanya … tngal mana … jika dekat dngan sya … kalau tak keberatan biar sya jaga … sya jaga percuma

Leave a Reply