Kiriman Pembaca, Viral

Luahan Seorang Ibu Muda Mengenai Isu Child Harness: “Better Safe Than Sorry”

Tweet seorang gadis pengguna Twitter yang menggunakan tweet handle @finiarshad telah menjadi viral sejak malam kelmarin kerana meminta ibu bapa moden untuk tidak menggunakan child safety harness atau tali keselamatan kanak-kanak kerana ia ‘seperti membawa binatang. Ia mengundang pelbagai reaksi termasuk dari seorang ibu muda bernama Jia Shamsuri.

harnessanJia yang mempunyai seorang anak perempuan mengaku dia ialah pengguna tegar tali keselamatan ini, walaupun mendapat kritikan sesetengah individu.


Ikuti tulisan beliau mengapa dia menggunakannya:

Saya adalah ibu kepada seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun lebih . Ya, baru seorang . Selama saya menjadi ibu, saya menjadi lebih sensitif & prihatin terutamanya mengenai keselamatan anak-anak.

Selama 2 tahun lebih saya kerap terbaca sesetengah orang yang suka ‘bash’ apabila melihat ibubapa yang memakaikan anak-anak mereka dengan ‘harness’. Pada siapa yang taktau harness tu, harness ada salah satu cara ibubapa zaman sekarang untuk memastikan anak-anak mereka always close to them. banyak dah jual dipasaran sekarang. ada yang jenis beg bertali, ada yang letak bear bertali , ada harness yang kat tangan , etc.

All this while, saya diam. Diam melihat gelagat netizen pum pam pum pam mengenai isu ini. Tapi baru-baru ni viral tweet seorang wanita (or atau mungkin seorang gadis yang masih belum berkahwin) yang ‘bash’ ibubapa yang pakaikan anak-anak mereka dengan harness. Katanya kelihatan seperti binatang.

Dik, hakak pengguna tegar harness. kau cakap lah apa jenis harness hakak dah pakaikan kat anak akak. Dari harness jenis tali sehinggalah hand-harness yang wayyy secured (tidak boleh simply gunting) . and read this , “I’M PROUD OF IT!” .

Kenapa hakak bangga? Sebab hakak dapat came out with the idea to save my daughter’s life. Yes, pakai harness ni tidaklah 100% secure but PREVENT IS BETTER THAN CURE .

Dik, lain budak lain pe’el nya . Ada yang mudah dibentuk dan ada yang tidak . Ada yang pasif , ada yang active (or even hyperactive) . Jadi , by using that harness kami as parents try our best untuk make sure yang anak-anak sentiasa dalam jagaan kami . We’re human and kita tak perfect . Ada masa kita akan terlepas pandang and before benda buruk terjadi , kita cuba KURANGKAN RISIKO yang ada , yes KURANGKAN .

Yup, memang pakai harness tidaklah 100% secure , but at least kita usaha apa yang boleh . Anything could happen to us , anywhere .

My daughter Nelissa hakak dah start pakaikan dia harness since dia start berjalan which when she was 9 months . Masa tu memang anak taklah aktif mana but I want to make sure that i’ve doubled my efforts untuk pastikan dia selamat .

Untuk part yang menyamakan anak dengan haiwan itu IT’S YOUR CHOICE . But for us parents yang pakaikan anak dengan harness tak pernah melihat anak-anak kami as binatang . Kalau ye pun dik nak kata anak tu as binatang , manusia yang pakaikan binatang dengan tali tu bukankah mereka sayang haiwan mereka dari hilang atau mati kena lenyek dengen kereta? Bukankah konsep SAYANG ada kat situ? Kalau tak SAYANG, biar je binatang tu berkeliaran mati kena langar or dicuri orang . Senang .

Dan kemudian konsep tu kita apply masa pakaikan anak kita dengan harness . Bukan konsep mem’binatangkan anak tapi konsep SAYANG tu ya. Kau dik jangan putar belit statement hakak .

Dan ada juga adik-adik kita yang belum punya anak siap buat comparison zaman makpak atok nenek mereka dulu OK je tak perlu harness bagai . Adik , until APRIL this year (2016) , indeks kadar jenayah di Malaysia meningkat sebanyak 4.6% dari tahun-tahun sebelumnya . Zaman atok nenek kita dulu manalah ada shopping malls besar-besar, tempat-tempat fancy . Yang ada hanyalah tanah lapang yang mana tanah tu lahh mereka bagi anak mereka main depan mata mereka sendiri . Kau kejar lah ayam , kau mainlah cacing , kau buat lah apa kau suka . Diorang usha kau dari beranda je .

Plus , kos sara hidup sekarang tinggi . Orang sanggup buat apa saja untuk dapatkan kesenangan & duit . Manalah logik dik oii kau nak compare dulu dan sekarang – haihhh .

Pada parents yang till now tak pakaikan anak mereka dengan harness i salute . Dan pada parents yang pakaikan anak mereka dengan harness pun i salute . As i told earlier , lain budak , lain pe’el . Kita as parents yang kenal anak-anak kita macam mana .

Jadi, parents luar sana yang still malu nak pakaikan anak mereka dengan harness sebab takut nanti kena bash fikirkanlah semula . Nyawa anak anda tanggungjawab anda . BETTER SAFE THAN SORRY .

Yang Benar,Β 
Mommy yang dah meluat isu ‘harness’ tak habis-habis .

15775079_10209622089483755_3417122846781849926_o

Isu ini sebenarnya bukan saja hangat dibincangkan di Malaysia malah di negara-negara maju seperti AS dan Jepun.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah untuk semua pihak faham bahawa ia dilakukan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian-kejadian buruk.

Memang benar, ibu bapa satu ketika dulu tidak menggunakannya semasa membesarkan kita, tetapi dunia berubah, bukan saja dari segi kepesatan teknologi tetapi kuantiti dan kualiti jenayah. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti pedofil, penculikan dan sebagainya, adalah amat wajar ibu bapa mempraktikkan langkah keselamatan yang berpatutan walaupun mata anda tak suka melihatnya. Inilah zaman moden. –amazingnara.com

Sumber: Jia Shamsuri


Comments 30

  1. lenny

    mana nak beli hand harness tue ekkk…? ada siapa siapa tau…?

  2. Lisa

    Couldnt agree more. Better safe than sorry. Zaman skrg penjahat ada di mana2, tak salah kita ambil extra precautions.

  3. tsd

    Saya juga merupakan pengguna tegar child harness ni. Pernah orang cakap bila anak dipakaikan harness tu, nampak macam anjing pula. Saya cakap takpalah.. kak senang beranak.. saya susah nak dapat, jadi bila Allah kurniakan rezeki anak buat saya, saya pastikan saya jaga dia sebaik-baiknya.

  4. Anonymous

    Masa kami p ber cuti kt plau tioman klo x de “harness” anak kami sure dh jtuh jeti . sib baik sya spat trik.pkirkanlah klo bdak jtuh bwah dgn air dlm .

  5. Idea pakaikan harness dekat anak2 ni bagus salah satu cara untuk elakkan anak hilang. Saya memang sokong. Atleast ada ciri2 keselamatan kan kalau nak pergi tempat yang sesak dan ramai orang.Lagi2 untuk anak2 yang baru nak membesar mesti aktif sangat. Pedulikan apa orang nak kata, pekakkan telinga. Kalau anak kita hilang ke apa ke, netizen yg kata cara ni mcmpasang kt binatang pun x dapat nak tolong kan. Ok lah, kalau ada yang kecam cara pakai harness ni, minta depa2 ni bagi idea lain acane nak bagi anak dekat dengan kita selain dokong. , Apa2 pun, jangan cepat mengecam. Setiap ibubapa mesti nak yang terbaik untuk anaknya.. Adhoii, x kan la nak sama kan pakai dengan binatang…

  6. Anonymous

    Assalamualaikum…seblm sy komen lebih lanjut sy minta maafla ye kalau ada yg tersinggung. Bab penggunaan harness pd anak2 kecil zaman skrg dan comparison pd ibubapa dulu2…pd sy x perlu nak compare sbb keadaan dan zaman dah berubah. Kita perlu open-minded asalkan x melampaui batas agama. Sesuatu perkara tu di tafsirkan selalunya bukan memgikut ilmu dan akal ttpi mengikut hati dan rasa.Krn itu bila kluar satu pendpt…akan menyebabkan ada org lain yg tersinggung atau terasa. Susah nak minta maaf tu anak2 sekelian. Sy seorg nenek…ada seorg cucu. Anak2 sy dah dewasa dan bekerja. Yg masih belajar pun ada. Masa sy besarkan anak2 sy..sy x guna harness ni. Dukung dan pimpin anak2 berderet..pernah anak sy hilang kat pasaraya..tp zaman tu xlah besar mana pun. Kecik aje pasaraya tu..jd mudah jumpa. Sy x perlu kan benda tu sbb masa tu xde pun harness. Kalau ada maybe sy beli jugak kot. So anak2 sy x la menhilangkan diri mcm tu. Bukan x pandai kawal anak….cuma anak2 sy ni explorer…suka explore sendiri2…tp zaman tu ancaman culik hanya beberapa % saja..so xla bimbang sgt. Tp skrg ni kes2 pemerdagangan manusia tlh mjadi kes jenayah yg paling tinggi skrg…sehinggakan bukan sj org dewasa…kanak2 pun diculik. Bila ssuatu perkara yg x lazim ..dijadikan suatu yg lazim…awalnya akan nampak pelik. So penggunaan harness di Malaysia skrg mjadi satu trend. Tp masih belum diterima semua. Bg yg nampak janggal….maka janggal lah…tp bg mereka yg bfikirn ini yg terbaik..maka nampak baik. Sy x nampak ianya sperti membinatangkan manusia sbb ada byk perkara lain yg lebih mbinatangkan manusia tp kita x peduli pun. Terpulanglah pd ibubapa itu sdr bgmana nak pastikan keselamatan keluarga mrk asalkan tidak melampaui batas agama. Lainla kalau pakai harness kat anak2.tanpa memakaikan pakaian….itu mmg jelik. Harness tu pgunaan tuk tali keselamatan. Kita naik gunung..buat abseiling…turun gunung guna tali harness tuk keselamatan…ada x nampak mcm binatang? Org2 yg dlm tugasan penyelamatan pun guna harness utk keselamatan…ada nampak x mcm binatang?? So kalau ibubapa guna harness tuk keselamatan anal2 dia..adakah itu membinatangkan anak2. Mmg sy x pakai harness….dan x mungkin akan pakai sbb anak2 sy dah dewasa. Tp cucu sy maybe akan dipakaikan sbb cucu sy ni x takut org. Dia ikut sj sapa2 yg dia suka. Br nak cecah setahun…tp sgt peramah. Sbb sy byk baca kes2 org culik kanak2 ni sy larang anak sy izinkan org lain memegangnya. So pggunaan harness bukan sj utk keselamatan anak2 tp juga akan membuat ibubapa lebih waspada dan hati2 pd anak2 mrk.
    Jgn jdkan pemikiran kita terlalu singkat dan juga jgn jdkan pemikuran kita terlalu terbuka. Mana yg baik dan mdtgkan kebaikan walaupun nampak jelik….kita akur shj. Kalau x suka..kita diam shj. Jgn sampai kita menyakiti hati org lain..susah nak cr kat pdg masyhar nnt nak minta maaf. Jgn hina org dan jgn perlekehkan org krn itu akan berbalik kpd kita. Bersangka baik…dan doakan yg terbaik semoga kita semua sentiasa dlm kawalan dan keselamatan Allah SWT.

  7. mama 4 doters

    sayapun pakaikan anak dgn harness bag…mcm2 org ckp…biarlah..dulu bila org ckp2 selalu juga jawab balik..skrg bila org ckp2 or pandang2…saya senyum jer,tk kuasa nk jawab dah…

  8. SweetFace

    I nak tgk budak perempuan tu kalau dah ada anak sanggup tak dokong anak ke hulu ke hilir kat Mid Valley. I ada 4 org anak. Empat2 tak sama. Ada yg pasif-dia akan duduk dekat dgn i kemana2 i pergi. Ada yg aktif-sampai kat supermarket je terus lari masuk dlm tak hiraukan mak dia. So, its better not to judge people when you yourself lack experience. Bagus jugak isu ni viral. Baru la semua org dpt memahami pendapat masing2.

  9. eita7176

    Setuju..
    Nak dapat cahaya mata..puas usaha..
    Doa minta Allah murahkn rezeki unt menimang cahaya mata..
    So bila Allah dah bagi..
    Jaga amanah tu leklok..

    Akk biasa guna stroller ..pimpin..n gilir2 dokong ngan hubby unt anak no1 n no2..
    Masa tu 2002 n 2006..
    X risau sangat lg..

    Skrg dpt baby..2014..dah 2 thn lebih bb akk skrg ni..
    Dek kerana keselamatan yg sgt menakutkn..

    Baby arissa..
    Ade stroller..ade baby carrier n harness aka tali keselamatan tu..

    Guna ikut masa n kesesuaian…
    Yg penting anak depan mata n terjaga..

    Betul kalau perkara nak jadi ..jadi juga
    Tp sekurang2nya kita usaha unt elakkn..

    Jgn suka2 buat komen “x berapa nak bijak”..
    Satu je kena faham..
    Ape pun mak abah buat..
    Depa hanya fikir yg terbaik unt anak2nya..

  10. Anonymous

    betul please respect others. as simple as that xpayah nak kritik. sblum ada anak and lps ada anak sendiri lain. org lain mungkin xrasa mcm mana hilangnya jantung kita bila anak main nyorok2 time kita sibuk nk beli groceries. esp bila keluar sendiri tanpa hasben. even for few sec anak xde dpn mata, rasa nk meraung je. kalau yg suruh dukung anak tu, tolongla fikir logik akal nak dukong bdk dlm 15kg utk 5 min pon dh lenguh. nk letak dlm stroller or baby carrier, toddler kan baru dpt kaki mana nak duduk diam. so please dont judge others..

  11. Sayang Anak

    Saya baru balik umrah..semasa solat di masjid nabawi..sebelah saya sorang arab ..memakaikan harness tu kat tangan anaknya..dan bersolat..ok je saya tgk..x perlu buat mcm2 persepsi..yg penting pemakai tu nak anaknya selamat dari segala mcm perkara yg diluar dugaan..

  12. Mak anak satu

    Just nak bgtau ape jadi kat anak2 yang diculik:

    1. Hamba seks pedofil
    – anak2 akan dijual kpd pedofil sedunia. Byk sick people yg memang membeli budak sebagai pemuas nafsu. Tak kira umur ye. Bayi pun mereka buat juga. Kanak2 umur 3-5tahun perfect age. Well. Imagine kemaluan mereka disodok sampai organ dalaman (rahim dan perut) boleh rosak. Like they care budak tu mati. They will DIE eventually

    2. Hamba peminta sedekah
    Anak2 yang diculik akan dihantar ke negara hot spot meminta sedekah, tourist spot mostly. Kalau nampak budak kecik dgn ‘mak’ dia minta sedekah, mesti selalunya kita nampak budak tu mesti tidurrrrrrr je. Well, sbb mereka diberi heroin atau vodka (highest alchohol content) utk lalok. Disebabkan mereka ni disumbatkan benda alah bahaya ni tiap hari, badan kecil mereka xdapat tahan, in the end overdose dan MATI. They DIE.

    3. Penderma organ paksa rela
    Organ yg diambil, jantung, hati, buah pinggang, mata, etc. Now, memandangkan mereka xperlu kisah dgn keselamatan budak2 ni, mereka sembelih dulu tanpa bius. Or else just cut them up je tanpa bius. Did I tell you they’ll die? Yes, they’ll DIE..

    Macam aku kisah mata kau sedap pandang..cheh!!!

  13. Redvine

    couldn’t agree more…akak support ko dik…
    org yg bash tu kalo ade anak nanti, nak tgk die pakai harness ke tak…

  14. nazifah

    Saya pun pakaikan harness ni kat anak sulung saya yg dh nak masuk 3tahun, lelaki. Mmg suka sgt berjalan, dan sebab sy nk bg dia jalan pada masa yg sama sy dpt mengawal dia(sbb dia suka lari2 sana sini) . Sy beli pon sbb sy nampak adik sy pakaikan kat anak dia, dn tergerak hati nk cuba juga agar senang sentiasa dlm kawalan. Anak sy ni peramah, especially dgn nenek atau atok (sbb nenek n atok yg jaga dia). Sy pakaikan mase jalan2 dlm shopping complex, ramai org pandang2. Biarlah apa org nk kata, sbb kalau jd ape2 kat anak ko bukan org tu yg nangis2 or nk tolong pon kan.. so, u know what u do ?

  15. Berminat nak carik harness yang pakai kt tangan parents n tgn kids boleh terus wassap saya 011-12144536 ???
    Atau boleh like pages http://www.facebook.com/baranganmudah

  16. Akumal

    Saya pun pakaikan kt anak sy since umo dia 1thn 6bln. Skg dh 4thn n still pakai kl nk g jln2. Adiknye pun mcm tu jgk.boys, derang mmg suka explore. Lari sana sini.pakai harness senang nk handle. Couldn’t agree more.better safe than sorry. Bukan senang nk dpt anak. Mmg org pandang serong. Tp ramai jgk yg tegur n tanya beli kt mana. Sbb derang pun nk beli sbb susah katanya nk kejar2. kwn2 pun minx tlg belikan..

  17. Mama Qaseh3

    Saya setuju Jgn la dibangkitkan isu ni..yg diperlu dibimbangkn ialah soal keselamatan ank2..jgn la dibandingkn Zaman atok nenek kite,zaman Byk berubah yer kawan2 semua…
    Setiap ank lain ragamnye… Ade yg slow n ade yg aktif..saya Ade 3 org ank perempuan kesemuanya.. Nak berdukung je mmg X larat …kalo letak lam troli Or stroller pun ank2 X mau Dorg nk bebas…dorg nk explore… Drpd kite lepaskn camtu je Biar Dorg jln merata2 sekelip mate Boleh jd Menda X elok.. so X salah Kalo gunakan harness Kan janji ank sentiasa Ade dgn kite ..keselamatan Dorg paling utama!! Janganlah Pandang serong setiap parents Akan buat yg Terbaik tuk ank2 mereka..
    Simplekan… Hope semua faham…

  18. Dodo

    Safety first…lantak la org nk habaq pa…anak kita, hak kita n tgjwb kita sbg ibubapa utk jge mereka..guna apa jua cara jnji ank2 ada slmt bsama kita…btw,pki harness kiut oo..??

  19. Anonymous

    Pelik la malaysian ni.

  20. Anonymous

    Saya penah jumpa ibu muda pakaikan anak dia harness ni… tapi sambil berjalan dia ralit main hp. Bila harness tu tertarik sikit dia akan tarik tangan dia supaya anak dia dtg dekat. Rasanya itu kali pertama saya jumpa org guna bende tu… seriously saya mmg ada perasaan pelik sbb memula saya ingat dia bawa pet. Anak saya 3 org lelaki… saya x penah try harness ni tapi kalo masuk mall… confirmed satu pasaraya akan dengar sore saya terjerit2 memanggil ke tiga-tiganya. Hahahaa.

  21. Anonymous

    Saya setuju dengan kamu dlm penggunaan harness sebab saya pun menggunakan benda tu pada anak saya.

  22. HATI WANITA

    memang bagus pakai harness ni.. memang senang nak kawal budak2 kecil.. bila kita nk nak lindungi anak2 dgn cara ni org bash, bila kita buat tak peduli kat anak pon org bash.. kita bkn nk buat dia mcm haiwan tp kita nk pastikan anak2 dkt dgn kita.. katakan lah kalau anak2 kita hilang dari pengawasan kita.. ada je nk bash kata tak reti jaga anak semua.. biar lah barang semua makin maju, pelik asalkan menjamin keselamatan

  23. Anonymous

    Assalamualaikum WBT…salam sejahtera semua…
    Pada pendapat saya :
    a.Budak perempuan tu saje je timbulkan isu sebab nak glamer…sukalah nak tengok netizen kecam bagai…tolonglah…
    b.Ibu bapa…gunalah tali keselamatan tu untuk menjaga putera puteri anda…sekarang dah tak sama macam dulu-dulu…memang elok sangat kita mencegah dari menyesal…
    c.Jaga baik-baik zuriat anda sebab masih banyak pasangan yang mengharapkan zuriat termasuklah saya…

  24. Eiyda

    Sy ada jual sapety band harness ni ..rm35 ja.. Klu kt lazada or pasaran ..rm45 ke ats…
    Blh whatsapp sy 0195955262 ..
    Demi keselamatan anak2 kita..

  25. Anis

    Akak guna ni kat anak 20 tahun lepas. Masa tu lagi macam2 kena kutuk. Takpelah pekak kan telinga saje. πŸ™‚

  26. Anonymous

    I’m agree with u sis. Kalau anak yg tak reti duk diam, lari sana sini better pakai harness. Dulu2 takde harness anak akak pernah hilan sbb dia suka lari sana sini. Takut sgt masa tu kalau tk jumpa. Tp alhamdulillah jumpa. Anak yg kedua ni berkepit je dgn sy kalau jln2 so tak perlu pakai harness. Berbillion duit takkan dpt ganti anak yg hilang.

  27. Akma_ezzara_qayyum

    saya setuju.. sya pn pemakai harness tegar kepada anak perempuan sya.. yg skang sudah mencecah 4tahun. ank perempuan sya mmng sgt penakut ..pi kalau die nmpk bnda yg di suka di akn terus berlari ke bnda yg dia suka.. dan sebb tu jgk sya pkai kn die harness.. spnjng sya mjd pemakai harness ni mcm2 riak muka sya jumpa.. ada yg myokong n ada yg wat muka kt sya.. sya x kesah asalkn ank sya ada kt sisi sya.. sya masih merasa sakitnya sya beranakkn die .. sbb tu sya sgt sygkn ank saya.. πŸ™‚

  28. mum

    semasa di IKEA saya pakaikan anak harness spt biasa.di kids show room area terdengar suara sumbang mengatakan ‘mcm anjing’.saya rasa spt nak panjat kerusi di IKEA dan panggil org yg mengatakan ‘mcm anjing’ tu dan educate dia..tp saya bersabar..tak smpai 5minit kids area black out.semua parents menjerit panggil anak masing2 sblm emergeny light fully function.kesimpulannya?,,,

Leave a Reply