Viral

Luahan Wanita: Bekas Suami Pergi Umrah Berkali-kali, Tetapi Gagal Bayar Nafkah Anak

Seorang wanita mendedahkan di akaun Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang telah berkahwin dengan wanita lain telah menjalankan ibadat umrah berkali-kali, namun gagal membayar nafkah dua orang anak dengannya.
BapakANWanita itu, Raudhatul Ilma Jamaluddin, menganggap memviralkan mengenai bekas suaminya ialah satu-satunya jalan untuk mendapatkan hak anak-anaknya yang diabaikan oleh bekas suami bernama Fauzul Rizal Dahalan. Ilma menulis:

03.06.2012, bekas suami, Fauzul Rizal Bin Dahalan, bertunang dengan isteri sekarang ni, Noridah Binti Osman.

26.06.2012, saya diceraikan melalui SMS semasa hamilkan anak kedua.

29.07.2012, anak kedua dilahirkan.

01.10.2012, kami ke mahkamah untuk pengesahan cerai.

19.10.2012, bekas suami bernikah dengan Noridah Osman.

Demikian kronologi perpisahan saya dengan bekas suami, Fauzul Rizal Bin Dahalan.

Dari detik itu, anak-anak, Raimi Fatini Binti Fauzul Rizal dan Raid Fayyadh Bin Fauzul Rizal, tidak pernah terima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sebagai nafkah.

Saya tidak pernah menuntut, tetapi tatkala melihat si ayah begitu selesa menyambut birthday anak dengan isteri baru di tempat mewah dengan event planner semuanya, saya tahu dia juga mampu beri anak anak dia bersama saya hal yang sama.

Walau mungkin bukan majlis mewah, cukup sebiji kek untuk sambutan harijadi.

Tapi malangnya, saya cuma mampu melihat di media sosial.

Saya lost contact dengan dia, sebab setiap kali saya hubungi dia dan berbincang tentang tanggungjawab dia kepada anak anak kami, dia minta saya anggap dia dah mati.

Maka inilah antara usaha saya untuk mendapatkan semula hak anak anak saya dari seorang ayah.

Mohon sesiapa mengenali Fauzul Rizal Bin Dahalan untuk hubungi saya, bagi urusan tuntutan nafkah anak anak di mahkamah.

Saya dah cuba pelbagai ikhtiar utk dapatkan maklumat Fauzul, tetapi gagal.

Maka inilah usaha terakhir saya utk mengesan bekas suami saya.

Jasa baik kalian, Allah jua membalasnya.

1

2

3

4

5

Sumber: Raudhatul Ilma Jamaluddin


Leave a Reply