Santai

Lubang Arnab Ini Ditemui & Didalamnya Ada Gua Rahsia Knight Templar Berusia 700 Tahun

Sekali pandang, kelihatan seperti lubang arnab biasa. Disebabkan itu, ramai yang tidak tahu terdapat rangkaian ke gua rahsia Knight Tempar yang berusia 700 tahun di dalamnya.

Difahamkan, lokasi tempat ini adalah di Shropshire, England namun tidak didedahkan kawasan yang jelas.

Lubang arnah terbabit membawa kepada gua terbabit yang digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dahulu.

Gua itu tersembunyi dijumpai kurang satu meter dibawah sebuah ladang pertanian.

Jurugambar, Michael Scott dari Birmigham, memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet.

Lelaki berusia 33 tahun itu berkata: “Saya melalui satu perjalanan meletihkan untuk menjumpainya, tetapi jika anda tidak tahu ia ada dikawasan itu, mungkin anda tidak akan perasan.

“Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah.

Michael juga menambah, keadaan gua itu agak sempit – jadi mereka yang berketinggian hampir enam kaki harus membongkok untuk masuk.

“Saya terpaksa merangkak untuk kebawah dan apabila sudah masuk, keadaan menjadi sangat sunyi. Terdapat beberapa ekor labah-labah dalam tu. Jika hujan, terowong untuk masuk agak licin tetapi di dalam gua itu kering.”

Sumber :

Leave a Reply