Info Semasa, Kreatif, Macam-Macam, menarik, Misteri, Pelik, tempat, Tips

Mainan Freemason Kini Dijual Di Jepun!

Satu organisasi bayangan hitam yang diselubungi misteri dan beribu-ribu teori konspirasi kini menjual barangan koleksi mainan di Jepun!

Freemason, walaupun banyak kerja amal menurut orang-orang lama, adalah satu nama yang selalu dikaitkan dengan Illuminati atau teori manipulasi dunia Knights Templar. Sesetengah teori konspirasi turut dikaitkan dengan kehancuran dunia yang kita diami. Mungkin dalam usaha untuk mengubah imej tersebut, organisasi tersebut meletakkan namanya pada kacang kopi, cawan, dan kini mainan kapsul!

Mainan kecil seperti totem ini boleh dibeli di mesin layan diri di Jepun pada harga 300 yen (RM11.40) bermula hujung Jun yang lalu, dan merupakan satu koleksi yang mempunyai 6 mainan. 6 model ini adalah berasaskan reka bentuk tradisi dan mercu tanda Jepun, dan diberikan kemasan warna hitam mati.

Mainan ini dihasilkan oleh satu syarikat mainan kapsul, Kitan Club, yang biasanya mengeluarkan mainan pelik dan barangan ‘cosplay’. Walaupun Freemason Grand Lodge of Japan belum mengesahkan perkara ini secara rasmi, reka bentuk itu sudah diluluskan oleh rakan kongsi mereka, Tohidu Foundation.

1. Kucing maneki neko yang dikatakan membawa tuah.

2. Daruma, satu patung tradisi Jepun berasaskan Bodhidharma, pengasas Zen.

3. Tanuki, anjing rakun nakal.

4. Osho, raja dalam shogi, satu permainan catur Jepun.

5. Gunung Fuji, gunung berapi dan mungkin sarang rahsia mereka?

6. Model Tokyo Tower turut dijual.

Setiap mainan dijual mempunyai simbol Freemason di bawahnya.

Jadi sekarang setiap ahli organisasi bayangan ini tidak perlu lagi membuat salam cangkuk istimewa, kata kunci atau ritual pelik untuk mengenali satu sama lain. Mereka cuma perlu keluarkan mainan comel ni je lepas ni. Jadi anda pun boleh juga sertai mereka selepas ini! LOL!

Leave a Reply