Fakta, Info Semasa, Tips

Majikan Diingatkan Hari Lahir Yang di-Pertuan Agong Pada 9 September Adalah Cuti Umum Berbayar

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem mengingatkan semua majikan di Malaysia bahawa 9 September adalah cuti umum yang berbayar.

9 September adalah Yang di-Pertuan Agong, hari lahir rasmi Sultan Muhamad Ke-5.

“Ketidakpatuhan undang-undang adalah kesalahan yang membawa denda tidak lebih daripada RM10,000.”

Dalam satu kenyataan, Richard Riot mengatakan bahawa majikan mesti sedar bahawa hari lahir Yang di-Pertuan Agong jatuh pada hari cuti umum (Sabtu). Jadi, hari keesokannya secara umumnya adalah hari cuti berbayar kepada pekerja.

Perkara ini akan memberi impak kepada pekerja di Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu memandangkan hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Negeri lain adalah seperti biasa di mana cutinya jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ketidakpatuhan undang-undang ini adalah satu satu kesalahan di mana majikan akan dikenakan denda tidak lebih dari RM10,000 di bawah Seksyen 99A Akta Kerja 1955; Seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah bab 67); dan Ordinan Buruh (Sarawak bab 76).”

Richard Riot mengatakan perkara ini disebut dalam Seksyen 60D (1)(a) Akta Kerja 1955, Seksyen 103 (1)(a) Ordinan Buruh (Sabah bab 67) dan Seksyen 104 (1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak bab 76).

Leave a Reply