Viral

“Makan Tak Kawal, Ubat Tak Makan Tapi Nak Sembuh 100%.Tu Yang Kena Tipu Dengan Penjual Suplemen”

Dengan kewujudan media sosial, semakin banyak produk makanan tambahan yang dijual dengan pelbagai dakwaan menyembuhkan bermacam-macam penyakit. Mereka yang telah didiagnosis dengan penyakit-penyakit tertentu mudah percaya dengan dakwaan penyembuhan suplemen ini, sering memilih untuk hanya makan suplemen dan meninggalkan ubat kerana menganggap ubat tidak menyembuhkan atas beberapa alasa tertentu.
SuplemenAN

Laman Pseudoscience Watch telah mengupas falasi mengenai perbezaan ubat dan suplemen yang sering menjadi bahan propaganda penjual suplemen untuk melariskan barang jualan mereka.


Viral satu gambar beza antara ubat dan supplement. Admin tergelak tengok slide yang dibuat tanpa menggunakan fakta. Ia lebih kepada auta seorang yang tidak mengetahui ilmu perubatan. Ilmu banyak jenis ilmu, kau takkan tahu tentang ilmu tersebut sampailah kau belajar dan berkerja dalam bidang tersebut.
18010160_276565106134569_7625527059565829360_n

Ilmu perubatan bukan ilmu cap ayam yang kau dapat tepi kedai ataupun kau google daripada internet dan esoknya kau dah jadi pandai. Ilmu perubatan adalah ilmu yang kompleks. Setakat ilmu penjual supplement, itu level aras-aras hujung jari kaki je jika hendak dibandingkan dengan ilmu orang yang pakar dalam bidang perubatan.

Kita masuk penerangan dalam gambar tu.

1) Ubat bukan daripada bahan semula jadi

Ini adalah alasan orang JAHIL MURAKKAB. Hasil penemuan ubat adalah daripada kajian terhadap tumbuhan. Ubat kencing manis seperti metformin adalah kajian kepada tumbuhan yang bernama Galega officinalis. Dalam Galega ada satu kompaun bernama gunidine. Tetapi disebabkan ia terlampau toksik kepada manusia, maka satu kompaun sintetik yang mengabungkan dua guanidine menjadi satu dihasilkan dan ia dinamalan sebagai Biguanide.

Biguanide terbukti selamat kepada manusia jika digunakan dengan dose yang betul. Ko ingat ubat sintetik je ke yang bahaya.

2) Ejen2 kuat mengganggu tindak balas biokimia

Tahu tak dalam ubat ia akan ada satu sahaja kompaun yang aktif. Sebagai contohnya jika ubat kencing manis seperti metformin dia akan ada biguanide sahaja. Takkan ada kompaun yang lain. Kita boleh kawal dose dia. Dan kita tahu kat mana dia akan bertindak.

Bahkan kita boleh bagi antidote jika kompaun tersebut terlebih dose.

Kalau ambil supplement, berapa ratus kompaun yang ada dalam tu. Terutamanya supplement yang campur 3 in 1, 10 in 1 dan sebagainya. Semua nak combine dalam satu botol. Setiap satu kompaun ada cara tindakkan dan mengganggu enzyme yang lain. Dan kalau overdose pun kau tak tahu kompaun mana yang overdose dan antidote mana yang kau nak beri. Free-free je mati macam tu je.

3) Bertindak cepat dan menakjubkan

Ini aku tak kisah. Ada ubat yang bertindak lambat dan ada ubat yang cepat. Tapi kita memang dah kaji berapa lama dan berapa banyak dia akan jadi tinggi dalam darah. Dose yang kita bagi pun akan dikawal. Supplement ni kau main telan je

4) Jika disalah guna boleh membawa maut

Ini memang betul. Ambil apa2 benda pun kalau lebih boleh membawa maut. Ambil air lebih pun boleh bawak maut

5) Merawat kesan penyakit bukan punca penyakit

Ini adalah kenyataan yang paling salah di dunia. Hanya orang yang jahil dalam bidang perubatan sahaja akan mengeluarkan kenyataan ini.

Setiap ubat yang diberikan mempunyai alasan tersendiri apabila kita beri.

Contoh jika kita beri antibiotik. Maksudnya kita beri atas alasan untuk membunuh jangkitan bakteria yang boleh mengancam pesakit. Ini adalah ubat yang menyembuhkan. Tipu kalau tidak ubat dalam perubatan moden yang tidak menyembuhkan

Ubat kencing manis pula diberi atas kapasiti untuk mengawal kencing manis. Jika seseorang pesakit kencing manis boleh mengawal makanan dan bacaan gula dapat dikawal dengan baik, maka, ubat tidak perlu diberikan. Tetapi orang Malaysia nih nak senang. Makan tak kawal, ubat tak makan. Tapi nak kencing manis sembuh 100%. Tu yang bodoh-bodoh kena tipu dengan penjual supplement. Dia ingat kencing manis dia boleh disembuhkan dengan supplement tu ke? Pastu salahkan ubat hospital tak mengubati. Hanya tahan sakit sahaja.

Kau tengok dulu cara kau mentedarah macam mana. Kau tu yang salah. Semua benda manis kau nak makan. Bila kena kencing manis dan kena makan ubat, mulalah malas dan percaya benda-benda mengarut.

Dah. Admin malas nak tulis lagi.

-DHA-

Sebenarnya, suplemen hanyalah pemakanan tambahan bukannya bertindak menyembuhkan penyakit sebaliknya berunsur pencegahan atau pengawalan sahaja. Bagi penyakit diabetes tahap dua misalnya, ada yang berjaya ‘menterbalikkan’penyakit tersebut dengan senaman dan pemakanan, bukan suplemen.

Sekiranya anda diberi preskripsi ubat, ikutlah preskripsi tersebut. Jangan sebarangan menelan suplemen kerana ia berisiko menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.-amazingnara.com

Sumber: Pseudoscience Watch

Leave a Reply