Ilustrasi, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Lifestyle, Manusia, Tips

Malaysia Negara Ke-8 Tertinggi Dalam Carta Buang Plastik Ke Laut. Jenis Sampah Apa Yang Kita Buang Setiap Hari?

Cerita tentang masalah pembuangan sampah ini sejak dari dulu lagi. Di Malaysia sahaja, tiap-tiap hari rakyat Malaysia membuang 37,000 tan sampah dan ini memberikan jumlah sebanyak 13.5 juta tan sampah dihasilkan setiap tahun.

Kerajaan terpaksa membelanjakan RM2.2 bilion setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Apa yang lebih menakutkan lagi, sampah-sampah ini memakan ruang yang sangat besar dan kini Malaysia dalam keadaan di mana tiada lagi tempat untuk menampung pelupusan sampah.

Oleh sebab masalah sampah yang tiada penghujungnya ini, kerajaan telah melaksanakan sistem kitar semula yang berkuatkuasa bermula 1 September 2015 secara berperingkat di beberapa negeri di Malaysia.

Tetapi tahukah kita apakah jenis sampah yang biasanya dibuang oleh rakyat Malaysia?

1. Plastik

Plastik merupakan salah satu jenis sampah yang paling berbahaya kerana ianya datang dalam pelbagai jenis dan tidak mudah untuk dikitar semula. Dalam jumlah sampah yang dibuang setiap hari, 4,000 tan adalah dalam bentuk plastik.

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Selangor baru-baru ini adalah pengharapan beg plastik di Selangor kerana negeri ini adalah paling banyak menyumbang kepada pembuangan sampah plastik iaitu 650 tan sehari.

Masalah yang paling sukar untuk dihadapi ialah apabila plastik ini masuk ke laut melalui sistem aliran sungai. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan memperuntuk RM4.4 bilion untuk membersihkan sungai-sungai di Kuala Lumpur sahaja.

2. Industri Fesyen

Baju dan seluar adalah jatuh dalam keperluan harian setiap manusia. Namun begitu, orang ramai selalu bertukar pakaian kerana sudah lusuh ataupun hanya sekadar mengikut fesyen. Industri pakaian merupakan satu industri yang sangat menyumbang kepada masalah pencemaran.

Industri fesyen adalah industri kedua yang tertinggi dalam carta pencemaran alam sekitar selepas industri minyak dan gas.

3. Barangan Elektronik

Hidup dalam dunia moden, setiap manusia dikelilingi dengan barangan elektronik. Ada orang sehingga tahap menggunakan 4-5 barangan elektronik peribadai setiap masa. Kebanyakan daripada kita akan membuang barangan elektronik yang sudah rosak dan ini juga turut menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah yang tidak mudah untuk dilupuskan.

Percaya atau tidak, rakyat Malaysia menyumbang kepada pembuangan sampah dari segi barangan elektronik lebih daripada 1 juta tan setiap tahun.

Di Asia secara keseluruhannya, umat manusia menghasilkan 16 juta tan sampah dalam bentuk barangan elektronik pada tahun 2014. Ini adalah secara keseluruhannya dua kali ganda lebih berat berbanding piramid Giza!

Ubah Gaya Hidup!

Negara kita kini sedang dalam usaha untuk mencapai sasaran tahap kitar semula 22 peratus menjelang 2020. Pada tahun ini, kita sudah mencapai lebih daripada 17 peratus dan ini merupakan berita gembira kepada kerajaan.

Kerajaan berusaha untuk menerapkan ideologi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa menyumbang kepada proses untuk mengurangkan pembuangan sampah; baik dari segi kempen sehinggalah kepada penguatkuasaan undang-undang.

Namun begitu, usaha yang diletakkan kerajaan tidak akan membuahkan hasil jika kita sendiri sebagai rakyat Malaysia tidak menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Cuba kita lihat video di bawah ini di satu pekan kecil di Jepun yang tidak menghasilkan apa-apa sampah. Adakah kita mampu untuk mencapai tahap ini suatu hari nanti?

Leave a Reply