Automotive, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Teknologi, Tips

Malaysia Negara Pertama ‘Menghalalkan’ Servis E-Hailing Uber & GrabCar!

Perkhidmatan e-hailing menggunakan aplikasi Uber dan GrabCar kini sudah mula ‘halal’ beroperasi di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat kerajaan setelah selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan ini membuatkan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berjaya mengawal selia secara khusus terhadap perkhidmatan servis e-hailing.

Orang ramai yang memberikan servis e-hailing melalui aplikasi seperti Uber dan GrabCar kini tertakhluk kepada kedua-dua rang undang-undang yang baru sahaja lulus ini.

Antara perkara yang disebut dalam pindaan rang undang-undang tersebut termasuklah cadangan untuk meletakkan tarif servis e-hailing ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi menjadikan servis tersebut sah dan halal di sisi undang-undang.

Nancy turut berkata bahawa servis e-hailing adalah wajar unduk dibernarkan beroperasi sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan awam yang tertakhluk kepada peruntukan dan penyeliaan undang-undang.

“Langkah kawal selia itu untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan positif bukan sahaja kepada pemandu teksi, pemandu e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan.

“Mereka yang berminat akan dapat menceburi dalam industri itu melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan kerana lebih 50 peratus pelanggan servis pengangkutan awam di negara ini menggunakan e-hailing,” tambah Nancy lagi.

Nancy turut menambah bahawa perkhidmatan e-hailing patut dilihat oleh pemandu teksi sebagai satu langkah ke arah permodenan perkhidmatan melalui teknologi moden dan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu saingan tidak sihat kepada operasi servis teksi yang konvensional.

“Pemandu teksi harus menjadikan perkhidmatan e-hailing ini sebagai satu peluang bagi menaiktaraf servis perkhidmatan teksi mengikut permintaan dan trend pasaran semasa,” jelas Nancy.

Leave a Reply