Info Semasa, Macam-Macam, menarik, Sukan

Manny Pacquiao Hilang Gelaran Dalam Kategori WBO Welterweight Selepas Kalah Kepada Jeff Horn

Pelatih kekuatan & ketahanan Manny Pacquiao telah melabelkan juri yang memberikan kemenangan kepada Jeff Horn “Crazy” dalam pertarungan antara mereka berdua di Sunday’s Battle of Brisbane sebagai satu keputusan tidak adil.

Kerjaya Pacquiao dalam sukan tinju kini dalam bahaya setelah kehilangan gelarannya dalam kategori WBO Welterweight setelah kalah kepada Horn di hadapan khalayak ramai di Lang Park.

Bekas juara, Lennox Lewis antara yang menyaksikan kemenangan Jeff Horn dalam perlawanan menentang Manny Pacquaio tersebut.

Pacquiao selepas perlawanan memberikan komen bahawa dia menerima keputusan juri, tetapi tidak datang ke sidang media selepas perlawanan kerana ahli rombongannya berang dengan keputusan juri.

Semalam Pacquiao memberikan komen di Twitter mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

Seorang lagi bekas peninju heavyweight, Justin Fortune, yang bekerja bersama Pacquiao sejak 2002 turut menegaskan bahawa dia tidak setuju dengan keputusan juri tersebut.

“Pengadil itu tidak jelas, para hakim gila,” kata Fortune kepada media.

Siapa boleh percaya kalau tengok pada statistik di bawah ini yang dikeluarkan selepas perlawanan.

Leave a Reply