Tips

Masa Post Yang Sesuai Berdasarkan Platform Media Social Untuk Perniagaan Anda

Perniagaan zaman sekarang memang sangat mementingkan penggunaan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan anda. Ini disebabkan platform media sosial menjadi tumpuan orang ramai untuk menghabiskan masa mereka.

Penggunaan telefon pintar juga merupakan salah satu sebab media sosial semakin digunakan oleh potential buyer di luar sana. Sebagai orang yang berniaga, anda perlu menggunakan media sosial sebaik mungkin untuk mempromosikan dan menjual barangan anda.

Masa untuk mempromosikan product anda juga sangat penting. Posting ini akan berkongsikan bila masa yang sesuai untuk posting serta platform yang sesuai untuk mempromosikan barangan anda mengikut platform sosial media yang sesuai.

Data ini dikeluarkan Hootsuite dan diperoleh daripada 400 million social posts.

Rate Pengguna Media Sosial
Facebook dan Instagram paling banyak digunakan untuk posting di media sosial

Hari Yang Terbaik Untuk Post
80% syarikat besar menggunakan semua media sosial untuk posting manakala facebook digunakan untuk hujung minggu.

Jam Yang Terbaik Untuk Post Berdasarkan Media Sosial
Syarikat besar lebih suka memilih waktu bekerja untuk post di LinkedIn dan Instagram. Untuk Facebook dan twitter waktu selain waktu bekerja paling sesuai.

Jam Yang Terbaik Untuk Post
Masa untuk post yang terbaik adalah pada waktu bekerja. Untuk selepas waktu bekerja, Facebook merupakan platform yang sesuai

Aktiviti Hari Minggu dan Hari Bekerja
Untuk aktiviti post untuk B2C dilakukan sepanjang minggu manakala B2B (Financial Services or Information Technology) lebih kepada Isnin hinggan Jumaat.

Purata Pengguna Twitter
Business to consumer lebih banyak berada di Twitter dan untuk Business to Business Twitter bukan platform yang sesuai untuk promosikan iklan

Rate Pengguna Media Social Berdasarkan Sector
Bagi sektor Telecommunication Services lebih kepada Twitter, dimana Consumer Staples (i.e., household products) lebih bagus untuk post menggunakan Facebook

Leave a Reply