Santai

Meluah Itu Fitrah Wanita, Tapi Jangan Sampai Suami Terasa Macam Ini..

Tempoh 1-5 tahun pertama berkahwin adalah yg paling mencabar. Saya rasa ini adalah tempoh adaptation. Sebagai wanita, kita kadangkala tersasar dalam mengawal emosi, kata-kata dan perbuatan.

Dalam tempoh ni juga kita rasa macam-macam dugaan dtg. Macam-macam benda yang suami tak faham tentang kita. Macam-macam benda yang kita tak suka tapi suami buat.

Nk lalui fasa mecabar ini tak mudah langsung. Kuncinya adalah suami sentiasa layak dihormati sekalipun beliau memang terang-terang salah.

Dalam keadaan dua-dua tengah emosi, tengah serabut, marah towards each other, sy cadangkan isteri2 cool down dgn cara mengadu pd Allah.

Mengadu tu ialah mcm cakap dgn bff kita. Kita cerita pd Allah a-z. Sambil bercucuran air mata. Apa yang berlaku, apa yang kita rasa, apa expectation kita. Kalau ada soalan-soalan, tanya pd Allah.

Borak dengan Allah adalah borak yang paling berkesan utk menyembuhkan hati yg terluka.

Setiap kali kita luah pd Allah, anda akan rasa satu kekuatan yg sgt luarbiasa.

Curahan hati pd Allah adalah cara utk menghormati suami yang paling utama utk dilakukan. Kerana fitrah wanita adalah nak meluah, nak kongsi, nak lepaskan apa terbuku dalam hati.

Kalau kita tak luah pada Allah, kita akan mula luah pada jalan yg salah.

Sebab tu kita tengok ramai isteri-isteri suka cerita pasal salah laku suami di whatsapp group, dgn kawan2 sepejabat, share di facebook, luah di page2 rumah tangga.

Akhirnya, kita akan sedar bahawa tiada sorang pun manusia yg dgr masalah kita tu dpt tolong ubah suami kita.

Kerana yg mengubah suami kita adalah Allah. Jadi selayaknya kita mengadu pd Allah semata-mata.

Kita mengadu pada Allah, suami akan rasa tenang dan cuba untuk berubah. Paling magic, suami akan akui kesalahan dan mintak maaf.

Kalau mengadu pada orang sekeliling, suami pasti marah sebab rasa diaibkan, rasa dikhianati dan makin menjauh.

Jadi, pilihan di tangan kita. Nak hormat suami, elak buka aib suami. Suami tak suka. Allah pun tak suka.

Sumber : El Ameerah

Leave a Reply