Automotive, Info Semasa, Kereta, menarik, Teknologi

[Menarik] Aksi Drag Race Di Antara Kereta Elektrik dan Kereta Petrol (Video)

Tidak dinafikan kereta elektrik sudah mula memasuki pasaran kereta di serata dunia. Boleh dikatakan suatu hari nanti kereta elektrik akan memenuhi jalan raya kerana kereta elektrik adalah lebih mesra alam kerana pelepasan gas CO2 yang kurang jika dibandingkan dengan kereta yang dijanakan oleh enjin petrol.

Bagi penggemar kereta petrol, mungkin kereta elektrik ini kurang menarik kerana dikatakan kurang power jika dilakukan perbandingan. Tapi betulkan jangkaan mereka itu?? Di bawah ini admin nak kongsi video perbandingan di antara kereta yang dijanakan oleh kuasa elektrik dan petrol. Perbandingan ini dibuat dengan melakukan aksi drag race. Jom tengok kereta mana yang lebih hebat.

Perbandingan ini dibuat di antara kereta elektrik keluaran Tesla, Model S P90D dan juga kereta berkuasa kuda tinggi keluaran Nissan, Nissan GT-R 2017. Menurut spesifikasi kereta yang dikeluarkan, Model S P910D mempunyai kelebihan dari segi kuasa kuda, akan tetapi perbandingan ini telah dimenangi oleh Nissan GT-R.

Meskipun kalah di dalam perbandingan ini, kereta elektrik keluaran Tesla ini berjaya membuktikan yang kereta elektrik mempunyai daya saing yang tinggi dan menepis pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kereta elektrik adalah kurang power. Bagi penggemar kereta di luar sana, apa pendapat anda?

Leave a Reply