konfius, Kreatif, Lawak, Macam-Macam, Manusia, menarik, Sukan

[Menarik] Apa Akan Jadi Jika Tempat ke-5 Adalah Merupakan Pemenang Bagi Acara Larian 100 Meter (Video)

Tidak kira di dalam apa jenis pertandingan sekali pun, tempat pertama adalah merupakan sasaran yang selalu ditetapkan bagi mereka yang mengharungi pertandingan itu. Ini sudah menjadi lumrah di dalam hidup manusia untuk menjadi yang terbaik di dalam apa jua bidang sekali pun.

Tapi pernahkah anda menetapkan sasaran bukan di tempat pertama mahupun tercorot di dalam kejohanan yang anda ceburi? Di bawah ini admin nak kongsikan sebuah video pertandingan lari 100 meter. Di dalam pertandingan ini, tempat pertama adalah bukan pemenang, akan tetapi tempat ke-5 adalah merupakan pemenang bagi pertandingan ini.

Pertandingan ini disertai oleh 2 buah pasukan yang setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pelari. Video yang dikeluarkan saluran Youtube Hamish&Andy ini telah mendapat banyak perhatian kerana tidaklah mudah untuk mendapat tempat ke-5 di dalam larian 100 meter sebenarnya.

Video di atas ini adalah untuk mereka yang suka akan kelainan sahaja. Di dalam kehidupan sebenar ni admin sarankan tetapkan target untuk mendapat yang terbaik. Kalau boleh dapat la tempat pertama di dalam apa jua bidang yang diceburi ya…..

Leave a Reply