kagum, Kreatif, Lifestyle, Macam-Macam, Manusia, menarik, Video

[Menarik] Berenang Untuk Ke Tempat Kerja Bagi Menghilangkan Tekanan (Video)

Bagi mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar Lembah Klang, admin yakin salah satu tekanan yang anda hadapi untuk ke tempat kerja adalah kesesakan lalu lintas terutama bagi mereka yang menaiki kereta. Begitu juga bagi seorang rakyat di Jerman bernama Benjamin David yang begitu tertekan dengan keadaan kesesakan lalu lintas di Munich.

Bagi menghilangkan tekanan untuk ke tempat kerja, Benjamin telah mengambil ikhtiar untuk menggunakan sungai berdekatan untuk ke tempat kerja. Bukan sampan mahupun bot yang digunakan, akan tetapi beliau telah menggunakan tubuh badan sendiri untuk berenang sejauh 2km untuk ke tempat kerja.

Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, beliau memasukkan peralatan pejabat ke dalam beg kalis ais yang juga dijadikan pelampong ketika berenang. Menurut Benjamin,
dia hanya akan berenang ke tempat kerja jikalau ramalan cuaca mengatakan hari itu cuacanya baik. Pada musim sejuk pula, beliau akan mengenakan wet suit bagi mengelakkan kesejukan yang melampau ketika berenang.

Bagi kita yang tinggal di Malaysia ni, apakah pilhan yang ada selain kereta dan motosikal untuk ke tempat kerja tanpa tekanan kesesakan lalu lintas??

Leave a Reply