Cantik, Dekorasi, Design, Ilustrasi, Kreatif, menarik

[Menarik] Hasil Karya Yang Dihasilkan Menggunakan Serbuk Api (Video)

Apa yang akan terlintas di fikiran anda apabila terdengar akan serbuk api (gunpowder)?? Mesti ramai yang akan terfikir akan meriam buluh lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia ini akan menyambut Hari Raya Puasa tidak lama lagi.

Namun apa yang ingin admin kongsikan di sini adalah satu video menarik hasil seni yang dihasilkan menggunakan serbuk api (gunpowder) oleh pelukis seni, Danny Shervin. Apa yang menarik di sini adalah, serbuk api itu akan dibakar di atas kertas kanvas itu sendiri untuk mendapatkan tesktur seni yang unik itu. Jom tengok beberapa karya yang dihasilkan beliau di video dibawah….

1. Marco Polo Sheep

2. Raven

3. Second Home

Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, lukisan telah dihasilkan terlebih dahulu dengan menggunakan serbuk api (gunpowder). Setelah selesai dengan dengan lukisan di atas kertas kanvas, api telah dinyalakan untuk membakar semua serbuk tersebut. Setelah selesai proses pembakaran, dapat dilihat lukisan akan menjadi keperangan. Dikatakan juga teksturnya juga menjadi lebih unik berbanding sebelum proses pembakaran.

Kepada mereka yang sudah membeli setbuk api untuk persedian Hari Raya tahun ini, apa kata kita gunakan serbuk itu untuk menghasilkan sesuatu yang tidak membahayakan keselamatan seperti meriam buluh….

Leave a Reply