Cantik, Info Semasa, menarik, Travel

[Menarik] Kampung “Pelangi” Yang Perlu Di Lawati Jika Bercuti Ke Indonesia (Gambar)

Penduduk sebuah perkampungan kecil di Jawa Tengah, Kampung Pelangi telah berjaya mengubah keadaan kampung mereka yang dilabelkan sebagai sebuah kampung setinggan dengan mewarnakan rumah-rumah kediaman mereka dan kawasan sekeliling dengan warna-warni seperti pelangi. Dikatakan perkaampungan ini telah menghabiskan sebanyak 22 ribu USD bagi mengubah suasana dan keadaan kawasan kampung mereka ini untuk nampak lebih ceria.

Hasil usaha mereka ini bukan sahaja berjaya mengeluarkan diri dari dilabel sebagai setinggan, kawasan ini juga telah menjadi salah satu destinasi untuk dilawati bagi pelancong-pelancong yang menjejakkan kaki ke Indonesia. Pelaburan bagi mencantikkan kampung ini juga telah menarik banyak pihak syarikat yang cuba untuk mengeluarkan produk-produk seperti cenderamata dan makanan bagi menarik lebih banyak pelancong ke sana.

Bagi mereka yang akan bercuti mahupun berhajat untuk makan angin ke Indonesia admin cadangkan supaya anda cuba menjejakkan kaki ke Kampung Pelangi ini sendiri.

Leave a Reply