Automotive, Info Semasa, Kereta, menarik, Teknologi

[Menarik] Kereta Termahal Di Dunia Keluaran Rolls Royce (Video)

Sapa yang tidak kenal akan kereta Rolls Royce. Bagi mereka yang meminati akan kereta, nama Rolls Royce ini bukanlah satu nama yang asing jika dibandingkan dengan Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.

Baru-baru ini Rolls Royce telah mengumumkan akan pengeluaran kereta baru mereka yang diberi nama “Sweptail” di sebuah festival kereta klasik di Itali. Apa yang menjadi perhatian semua pengunjung adalah harga jualan kereta ini. Kereta ini dikatakan akan dijual dengan harga 12.8 juta Amerika dolar.

Tidak dapat dinafikan harga pasaran bagi kereta Rolls Royce adalah mahal, akan tetapi harga bagi sebuah Rolls Royce “Sweptail” ini adalah merupakan harga yang termahal pernah dikeluarkan mereka dan menjadikannya sebuah kereta termahal di dunia. Di bawah ini merupakan video yang dirakam pada festival yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut seorang peminat kereta Rolls Royce, apa yang menyebabkan kereta ini dijual sebegini mahal adalah kerana penggunaan sistem order “Bespoke“. Apakah itu “Bespoke”? Nak mengetahuinya boleh la lihat di video di bawah ya sebab admin pon tak tau nak terankan macam mana…

Leave a Reply