Info Semasa, kagum, Kreatif, Mainan, menarik, Sukan, Teknologi

[Menarik] Papan Luncur Yang Dapat Terbang Dengan Kelajuan 150 km/h (Video)

Baru-baru ini, sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Zapata Racing telah memuatkan turunkan beberapa video di saluran YouTube mereka mengenai ujian papan luncur yang dapat terbang di ruang udara yang dibangunkan mereka. Papan luncur yang diberi nama Flyboard ini dapat terbang sehingga ketinggian 3050 meter dan dikatakan dapat meluncur sehingga kelajuan 150 km/h.

Video yang dikongsikan di bawah ini adalah merupakan video yang memaparkan aksi ketika ujian ini dijalankan. Ujian ini telah dijalankan di atas sebuah tasik, dibawah pengawasaan oleh pegawai keselamatan bagi memastikan tiada kejadian buruk yang berlaku. Jom tengok macam mana gaya luncuran papan luncur ini ketika ujian itu dilakukan di dalam video di bawah….

Menurut pihak syarikat tersebut, papan luncur Flyboard ini akan dijual dengan harga 250,000 dollar. Tapi malang bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk memiliki papan luncur ini kerana menurut pihak syarikat ini juga, papan ini tidak akan dijual kepada pengguna-pengguna biasa bagi tujuan hiburan.

Leave a Reply