Info Semasa, Macam-Macam, Makanan, menarik

[Menarik] Ramen “Alien” Yang Baru Dipasarkan Di Jepun (Gambar)

Apa yang dapat anda bayangkan apabila mendengar perkataan “Alien“?? Mesti ramai yang menggambarkan akan makhluk luar angkasa yang menyeramkan. Air liur berwarna hijau yang terkeluar dari mulut raksasa ini juga sudah cukup untuk menambahkan imej jijik akan makhluk ini.

Baru-baru ini sebuah syarikat pembuat makanan segera di Fukuoka, Jepun telah mula mejual ramen yang berkonsepkan Alien. Nama yang diberikan untuk produk ini juga adalah sangat simple, “Alien Ramen“. Jom tengok apa rupa “Alien Ramen” yang admin maksudkan ini di dalam gambar di bawah.

Sekali pandang rupa ramen ini, memang agak menjijikkan kerana supnya yang berwarna hijau seakan-akan air liur alien. Menurut pihak syarikat yang menjual ramen ini, kandungan serbuk sup ini telah dihasilkan menggunakan belut hijau goby (green eel goby). Admin yakin mesti ramai yang tidak tahu akan kewujudan belut ini.

Rupa Belut Hijau Goby

Di atas ini adalah video menunjukkan akan rupa belut tersebut. Sekali pandang pon memang dah rupa Alien belutnya ni. Patut la diorang pakai untuk dijadikan sup ramen ni.

Leave a Reply