Info Semasa, Kreatif, Macam-Macam, Manusia, menarik, Teknologi

[Menarik] Sistem Pengenalan Wajah Yang Diperkenalkan Di Tandas Awam China (Video)

Sistem pengesan wajah adalah merupakan satu teknologi yang sudah tidak asing bagi kita di Malaysia mahupun di luar negara. Teknologi ini dahulunya banyak digunakan oleh pihak bekuasa seperti polis bagi mengesan penjenayah selepas berlakunya kes jenayah. Namun kini teknologi ini banyak kegunaan bagi tujuan sekuriti pengenalan wajah sebelum memasuki sebuah akaun seperti Facebook dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini ramai yang telah digemparkan dengan sebuah berita mengenai sistem pengenalan wajah yang diperkenalkan di tandas awam Tanah Besar China. Ramai yang berasa pelik akan motif sistem yang diperkenalkan kerana perlukah kerajaan mengetahui identiti setiap individu yang masuk ke dalam tandas awam? Nak tau motif sebenar mereka, jom tengok apa tujuannya dalam video di bawah…..

Seperti dapat dilihat di dalam tujuan kerajaan China memperkenalkan sistem ini adalah untuk mengatasi pengguna tandas awam yang menggunakan kertas tandas dengan kuantiti yang terlalu banyak. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mencuri gulung kertas tandas ini bagi kegunaan sendiri di rumah.

Sepanjang 70cm kertas tandas akan dikeluarkan apabila sekali imbasan dilakukan. Bagi mereka yang merasakan tidak mencukupi akan kertas tandas yang dikeluarkan itu, mereka boleh mengimbas seberapa banyak kali yang boleh di dalam masa 9 minit yang diberikan. Menurut pihak berkuasa di sana, mereka berjaya mengurangkan penggunaan kertas tandas setelah sistema ini diperkenalkan.

Tapi kalau jenis yang perut memang meragam nak cirit birit tu, mana ada masa nak tunggu kertas tandas ni keluarkan? Apa kata anda??

Leave a Reply