Info Semasa, Inspirasi, kagum, Kreatif, Lawak, Macam-Macam, Manusia, Tips

Mengajar Bahasa Inggeris Di Jepun? Buku Baru Ini Membantu Pelajar Bercakap Tentang Illuminati & Penculikan Makhluk Asing

Tidak ramai yang tinggal untuk masa yang lama di Jepun, tetapi kebanyakan pendatang luar di Jepun pasti pernah mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar di Jepun. Tahap pengalaman dan kepuasan setiap orang adalah berbeza, namun, semua orang yang mengajar bahasa Inggeris di Jepun pasti terasa bosan dengan dialog dan situasi dalam buku teks yang diberikan untuk mengajar anak murid di sana.

Namun begitu, tidak lama lagi satu buku fasa kata Inggeris bakal dikeluarkan oleh syarikat majalah Mu yang mengeluarkan satu buku berjudul ‘Official Mu Practical English Conversation for Super Everyday Situations’ yang senggama minda.

Bahasa linguistik yang digunakan pada judul buku ini membuatkan anda memikirkan bahawa Mu adalah satu entiti dalam dunia pelajaran atau pengembaraan, tetapi tidak. Mu ialah satu majalah yang merangkumi cerita alam ghaib dan teori konspirasi.

Buku pendidikan Inggeris ini memberi fokus kepada pembaca untuk tahu tentang perbendaharaan kata dan tatabahasa untuk mengatasi masalah yang melibatkan laporan tentang hantu, penampakan alien, menceritakan masa silam, atau pelan untuk menghasilkan New World Order.







Antara topik yang turut diceritakan dalam buku ini termasuklah filem autopsi alien, peperangan nuklear zaman dahulu kala, kesan tinggalan kimia, Chupacabra, kontrak dengan syaitan, tengkorak kristal dan exorcism. Jadi bagi yang membeli buku ini, pasti mempunyai tahap perbendaharaan kata dan tatabahasa macam orang gila.

Buku ‘Official Mu Practical English Conversation for Super Everyday Situations’ ini akan mula dijual pada 23 Ogos dan boleh dibuat pra-pesanan melalui Amazon Japan di sini pada harga 1,296 yen (RM50), membuatkannya satu buku yang mampu dimiliki untuk ajaran bahasa Inggeris (versi Jepun).

Namun begitu, mungkin tidak sama sekali ianya boleh membantu anak-anak anda untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Kalau di Malaysia buat konsep seperti ini mesti menarik. Membuatkan lebih ramai anak-anak muda berminat untuk menceburi bidang bahasa Inggeris. Barulah kencang bila nak bersembang bahasa Inggeris!

Leave a Reply