Masih ingat dengan Meow, si kucing gemuk yang comel? Kami ada membuat entri tentang Meow sebelum ini.

Mary Martin, jurucakap bagi pihak Santa Fe Animal Shelter and Humane Society beberapa jam lepas telah mengemaskini status di Facebook yang kucing dengan berat 39 paun itu telah mati kerana masalah pernafasan.

Untuk pengetahuan anda, masalah obesiti binatang peliharaan berlaku kerana sikap tuan yang memberi makan kepadanya dalam kadar yang berlebihan dan tidak sepatutnya, bukan kerana selera haiwan itu. Ini ialah kerana haiwan peliharaan hanya makan apa yang diberi tuannya.
Pendedahan mengenai Meow telah memberikan banyak maklumat kepada orang awam tentang pemakanan untuk binatang peliharaan. Jadi anda juga harus maklum yang memberi makan secara berlebihan kepada binatang peliharaan akan mendatangkan mudarat pada haiwan tersebut hingga menyebabkan kematian.
Apa pun, pasti ramai yang akan merindui Meow!

dah kena kembiri kot kucing nih. tula membesar. .
Saya juga baru kehilangan kucing gemuk :’(
comel.. ni cian kucing tu
BELIAU TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH…..
sedihnya. Dah la comel gila. Haaaa nak nangis! :’(
saya telah kehilangan kucing kesayangan pada tahun 1993 separuh meroyan jadinya, dan semenjak itu sy tidak lagi memelihara kucing tapi masih suka kucing seperti dahulu.
saya pun penah kehilangan kucing… smpi seminggu sy nangis n tak lalu makan sbb sedih sgt.. kucing saya eksiden…
sedihnyaa…nduk bah