Automotive, Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik, Teknologi

Merdeces-AMG Project One Hypercar; Teknologi F1 Terus Ke Atas Kereta Yang Sah Di Atas Jalan Raya

Ini merupakan kereta yang digelar Mercedes-AMG Project One Hypercar.

Satu model yang bakal dikeluarkan oleh Mercedes-Benz dengan kapasiti enjin hanya 1.6-liter (RM90 cukai jalan) dengan kuasa 1,000HP dan mampu mencapai 10,000 rpm dan didatangkan dengan kualiti barangan terbaik!

Ianya mampu membuat pecutan 0-200km/j lebih laju berbanding Bugatti Veyron mahupun Porsche 918. Mercedes-Benz bakal mengeluarkan hanya 275 unit dan setiap satu dijual pada harga USD2.7 juta (RM11.32 juta) tidak termasuk cukai lagi.

Yang menariknya, projek kereta ini boleh dikatakan membawa teknologi F1 terkini terus ke atas platform Project One ini. Namun begitu, kereta F1 duduk dalam keadaan idle pada 4,000 rpm dan mampu pergi sehingga 15,000 rpm.

Model Project One ini diberi talaan semula agar ianya mampu duduk dalam keadaan idle pada 1,000 rpm dan mampu pergi sehingga 10,000 rpm.

Sistem kereta ini didatangkan dengan motor MGU-K dan MGU-H yang dipasang pada crank dan juga pada batang shaft yang disambung ke unit turbo.

Yang lebih menarik lagi, 2 buah motor turut disambung ke gegandar hadapan untuk memberikan lebih daya tujah dan cengkaman ke atas jalan raya. Ianya juga turut memberikan tahap kecekapan sehingga 80% untuk mendapatkan kuasa daripada sistem brek kepada unit bateri.

Apa-apa pun, kami amat menghormati Mercedes-Benz kerana mempunyai impian yang besar untuk menjalankan suatu projek yang sangat unik dalam industri automotif.

Kita tunggu dan lihat selanjutnya apabila lebih perincian dikeluarkan ke atas projek besar yang digelar Mercedes-AMG Project One Hypercar ini!

Leave a Reply