Viral

Mi Goreng Sotong Jumbo Hidangan Sebuah Warung Di Melaka Tular Di Media Sosial

Sebelum ini pelbagai jenis hidangan di sesebuah warung, restoran atau gerai telah menjadi tular di media sosial. Antaranya kuih keria antarabangsa, pau cendawan Putrajaya, Teh Tarik Madu di Kelantan dan sebagainya.
MiSotongAN
Sejak semalam, satu hidangan yang boleh dibeli di sebuah gerai telah menjadi viral. Hidangan itu mengintegrasikan sotong bersaiz besar dalam hidangan, iaitu Mi Goreng Sotong Jumbo.


Mi Goreng Sotong Jumbo ini ialah salah satu hidangan yang boleh didapatkan di Warung Hijau, Durian Daun, Melaka. Harga hidangan ini ialah dari RM 20 hingga RM 25 sepinggan, bergantung kepada harga semasa untuk bahan mentah itu di pasaran.

Setakat ini, ramai yang telah menikmati makanan di warung itu merasakan makanan di situ sedap walaupun servis berkemungkinan agak lambat kerana bilangan peghunjung yang ramai.
19905383_1243195095808344_7998308968819280603_n

19959313_1242127109248476_2751394494628682251_n

19989617_1242127032581817_6577820967712388964_n

20157746_1245316638929523_4755588561272860764_o

Mereka yang berminat bolehlah ke Warung Hijau yang beralamat di Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka, Melaka. Berdasarkan review orang ramai, kesedapan makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan.
Screen Shot 2017-07-26 at 11.35.28 AMAlamak, makin sesaklah trafik negeri Melaka dengan jumlah pelancong-pelancong luar yang datang untuk menikmati Mi Goreng Sotong Jumbo! Tetapi lihatlah dari sudut positif, pertambahan pelancong bermakna ekonomi negeri semakin mengukuh. Jadi bersyukurlah dan tahniah buat penduduk Melaka. -amazingnara.com


Leave a Reply